Tuesday, April 24, 2018

JJCM | Ah Cheng Laksa @ Cyberjaya

Setelah berehat seketika di bilik hotel, Kak Ida mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan disekitar DPulze Shopping Centre di Cyberjaya.

Alang-alang ke tempat baru, sayang sangat kalau kita tidak singgah kan?

But, don't expect much la... dah namanya shopping centre

Rupa-rupanya disini lengkap weh... ada SSF, Mr DIY, panggung wayang, MPH, restoran yang "ada-ada nama". Tetapi, jangan terkejut ya. Disini tiada food court ya. 

Ada deretan kiosk dengan hiasan yang menarik perhatian Kak Ida disini. Antaranya The Library Coffee Bar dan Tealive.

Tetapi, bila mata terpandangkan satu kioks yang menawarkan menu laksa penang. Well, sudah namanya makanan kegemaran kan, macam ralat juga jika tidak mencuba.

Lagi menarik perhatian Kak Ida adalah bila kioks ini menawarkan laksa junior yang berharga 
RM 4.40/semangkuk. 

Siap tanya mangkuk sekecil mana. Hahaha... Memang comel la... sesuai untuk Kak Ida yang hanya makan seorang. Seboleh mungkin elakkan pembaziran.


Kak Ida juga memesan teh tarik sebagai pelengkap minum petang. Sebab malam nanti, Kak Ida mahu keluar dengan BFF Kak Ida pula, Intan. 

[[Baca pengalaman JJCM Sofina Seafood Restaurant Kak Ida pula]]

Laksa dia kaya dengan ikan. Melengkapkan rasa laksa adalah petis yang turut disediakan disitu. Memang wow dan sangat-sangat berbaloi dengan harga.

Ini adalah signature menu di Ah Cheng Laksa. Recommended! Selain itu juga ada menu nasi lemak ayam redang, kari laksa dan juga noodles soup.


Itu dia, Kak Ida cuma perlu membayar harga RM 8.80 termasuk GST ya.

Ok, dimana hendak mencuba Ah Cheng Laksa Cyberjaya.

Boleh waze alamat disini ya,

DPulze Shopping Centre
Persiaran Multimedia
Cyber 12
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...