Friday, April 13, 2018

Stargazing di UTM

Malam ini Kak Ida berkesempatan untuk menghadiri program #stargazing di helipad UTM berhampiran dengan masjid UTM sempena Festival Astronomi dan Falak Negeri Johor.

Seawal jam 8.30 malam Kak Ida anak-beranak telah berkumpul disana untuk tidak melepaskan peluang menambah ilmu tentang astronomi.


Menanti alat teleskop siap dipasang.



Sambil itu, anak-anak juga berlari-larian dikawasan sekitar. Si dia siap bawakan bubble untuk untuk anak-anak bermain. Hihi





Assalammualaikum bintang "sirius".

Syukur sangat malam itu juga Kak Ida berpeluang untuk melihat planet Jupiter. Terdapat juga beberapa bulan yang dapat dilihat dengan jelas mengelililing planet Jupiter

Ini kerana, malam tersebut agak berawan.


Aina pun berkesempatan untuk melihat bintang sirius melalui teleskop.

Terima kasih kepada penganjur Festival Astronomi dan Falak Negeri Johor 2018 kerana menganjurkan program sebegini.

Peluang yang jarang-jarang boleh diperolehi.

Kak Ida kongsikan video rakaman pada malam itu. Maaf jika kurang jelas ya.




No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my