Tuesday, April 24, 2018

Allah aturkan sesuatu dengan indah

Rezeki hari ini,

Flight Kak Ida ke Kuala Lumpur dipermudahkan. Seawal jam 9.00 pagi si dia sudah hantar Kak Ida ke airport Senai. Alang-alang, terus check-in.

Tidak berminat untuk menghabiskan masa diluar, ada hikmahnya.

Terkial-kial juga di ruangan pemeriksaan kastam, rupa-rupanya laptop perlu diasingkan dari dalam beg. Dua kali keluar masuk di bahagian pemeriksaan barang. Pheww, sudah jadi satu kerja Kak Ida perlu mengemas semula beg. 

Kemudian, termenung. Jenuh juga menghabiskan masa disitu kerana flight jam 11.10 pagi. Kak Ida mengambil keputusan untuk melepak menikmati caramel latte dan sandwich.


Punyalah banyak sandwich. Ingatkan seslice. Sudahnya, Kak Ida berikan pada meja sebelah.

... dari membazir.

Akhirnya, masa pun tiba. Lihat seat di boarding pass, eh, seat 2A. Hot seat? Berulang-ulang kali Kak Ida tanya dengan along untuk kepastian. Hahaha. Itu namanya rezeki.


Ikut perancangan asal, Kak Ida mahu naik Grab sahaja dari KLIA ke Cyberjaya. Harga tambang lebih kurang RM 50.00. Berborak dengan "orang sebelah" di dalam flight yang kebetulan orang gomen (merujuk kepada bekas makanan yang diterima oleh beliau), beliau mencadangkan Kak Ida supaya naik KLIA Express dan kemudian teksi sahaja ke tempat penginapan.

Mudah kalau hanya bawa diri kita sahaja. Insya Allah, tidak sesat katanya. Hahaha


Seperti biasa, bila kita mencuba sesuatu yang baru, perasaan "cuak" mesti datang.

Tetapi, sampai bila tidak mahu mencuba.

Kan?

Memberanikan diri untuk menyahut cabaran baru, Kak Ida ringankan mulut bertanya dengan orang yang ada disitu.

... dan Kak Ida berjumpa dengan orang yang baik-baik. Semua menjawab dengan baik setiap pertanyaan Kak Ida.

KLIA ekspress ini terletak bersebelahan dengan kedai Vincci. Jika naik hentian transit, kita perlu menunggu di Platform B. Platform A khas untuk tanpa henti ke KL Sentral.

Tidak silap Kak Ida, harga tiket juga mahal sedikit berbanding yang transit.

Tambang yang perlu Kak Ida bayar hanyalah RM 9.60 manakala tambang teksi ke hotel penginapan hanyalah RM 11.50. Jimat RM 28.90! Sangat WOW.

Tepuk bahu tanda kita berani menyahut apa juga cabaran baru. Hihihi



Ya, pengalaman demi pengalaman diraih dalam pemusafiran kali ini.

Dalam KLIA transit, Kak Ida sempat mengemaskini status Kak Ida pada si dia sambil melihat permandangan sekeliling yang cantik.

Allah aturkan sesuatu dengan cukup indah sekali.

Syukur, akhirnya Kak Ida selamat sampai ke Putrajaya.


Ok, kita sambung lagi next entry ya. Beri masa untuk Kak Ida untuk check-in hotel dan berehat.

Jika tiada aral melintang, Kak Ida akan update apa yang menarik disini.

Tata

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my