Thursday, July 22, 2021

Penulis tamu Legasi Abah

"Darul Fawwaz?"

Subhanallah, nama ini tidak pernah asing di telinga Kak Ida setiap hujung bulan.
Betullah, ada sesuatu itu Allah sudah susun dan rencanakan. Yayasan yang cukup dekat dihati Kak Ida.

𝐏𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬 𝐭𝐚𝐦𝐮 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐛𝐚𝐡 𝟖 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐫𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚!

Pagi kelmarin kami dari tim Legasi Abah 8 menerima kejutan yang amat manis daripada ketua kami iaitu Ustazah Norhafhizah Suliman .

Alhamdulillah, galei kedua buku antologi Lelaki Anugerah Terindah sudah pun diterima untuk semakan.

Bila sudah terima semakan galei kedua bermaksud semakin dekatlah dengan penerbitan buku antologi ini. Seronoknya! Tidak sabar hendak menanti buku fizikal di tangan.

Ada lagi berita yang amat menyeronokkan. Nak tahu apa?

Ya, rahsia siapakah penulis tamu untuk tim LA 8 kini bukan lagi rahsia. Semuanya sudah terjawab.
Ustazah Muzayyanah Abdullah.


Siapakah dia?

Beliau adalah seorang pendakwah wanita yang tidak asing lagi di bumi Malaysia hatta telah sampai ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga merupakan pengasas Darul Fawwaz iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan sebagai pusat pengajian Islam untuk semua.

Beruntungnya kami kerana dapat berkenalan dengan seorang penulis yang
hebat dan membaca kisah hidupnya.

Di dalam antologi ini, beliau menulis kisah yang bertajuk Kerana Keringat Bapak.


Nak baca kisah beliau dan penulis-penulis yang lain? 

Jom tempah buku ini sekarang. Klik saja pautan di bawah.




No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my