Wednesday, July 21, 2021

Program Pertukaran Sahabat Pena

Nak cari sahabat pena? Jom daftar sekarang!


Hari ini, saya mulakan Program Pertukaran Sahabat Pena bersama rakan sehobi saya Eva Ho. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sahabat pena, daftar saja di pautan di bawah, dan pasukan kami akan menghantar satu alamat secara rawak melalui e-mel kepada anda untuk menulis surat! Alamat anda juga akan diberi secara rawak kepada peserta lain!

Sekiranya anda mempunyai anak-anak di rumah, atau anda merupakan guru penasihat KESEF dan terdapat pelajar yang berminat menyertai, anda juga boleh mendaftarkan mereka juga!

atau imbas kod QR dalam poster dibawah.

Selamat Menulis!

Penghargaan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada cikgu Azlina Lajimm dan cikgu Hanizah Samad atas cadangan dan bantuan yang diberi!

2 comments:

  1. Dah lama tak dengar perkataan 'sahabat pena'. Dulu-dulu masa sekolah ada seorang sahabat pena. Tapi yang kelakarnya dia bukan kawan jauh tapi kawan satu sekolah, kelas lain-lain. Memang tak pernah kenal la sebelum ni..

    Dah nama pun sahabat pena kan, jadi kami memang berinteraksi melalui surat. Hehe

    ReplyDelete
  2. Itulah, canggung juga mula-mula. Lagi-lagi sekarang, semua gunakan email. Alhamdulillah, perkara baik untuk pengalaman anak. :)

    ReplyDelete

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my