Wednesday, July 28, 2021

Selamat berpantang Ammar

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Kami memang memilih Klinik Kamal. Ayahnya mahu klinik dan doktor yang sama untuk Ammar. Anak lelaki tunggal dalam keluarga kecil kami.

Perancangan asal, pagi ini #AmmarSayang hanya perlu buat assessment terlebih dahulu sama ada boleh disunatkan atau tidak.

Kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku. Anak yang mempunyai autisme, kita sebagai ibubapa perlu banyak merancang.

Tepat jam 9.40 pagi, Ammar masuk berjumpa dr.

"Dr, Ammar nak sunat!" penuh yakin suara Ammar.

Rasa nak jatuh mulut Kak Ida. Mana tidaknya, mana ada bawa kain pelikat. Preparation mental jauh sekali. Ayahnya pun tiada.

"Betul ke Ammar nak sunat?" tanya Dr Atuk.

"Haah, Ammar nak sunat."

"Ok, jom. Pagi ini pun atuk free."

Ya Allah, berpeluh Kak Ida sekejap. Terus telefon si dia yang berada di pejabat.

"Abang, Ammar dah bersedia nak sunat. Macam mana ni? Abang sempat tak nak datang?" bertalu-talu soalan keluar dari mulut Kak Ida.

"Ya Allah, anak lelaki abang tu. Abang tengah ada kerja urgent pula ni."

Kak Ida pandang Ammar semula.

"Ibu, Ammar nak sunat."

"Kalau abang sempat datanglah ya, Ida boleh ni dengan Ammar, Insya Allah, abang doakan Ammar." putus Kak Ida memberikan jawapan.

"Dr, saya tak bawa apa-apa kain ni. Duit kalau saya bank in boleh?"

"Boleh puan, kain-kain pelikat tak wajib ada. Seluar pun boleh."

Fuh, tergaru-garu kepala Kak Ida. Haih, anak lelaki seorang ini.

Tarik nafas, terus temankan Ammar di bilik sebelah.

Masya Allah, Ammar cukup-cukup tenang. Tiada drama langsung kecuali perasaan ibu yang mula sebak. #HatiTisu

... dah besar anak bujang ibu.

Dr mulakan dengan bacaan doa dan proses bersunat terus dijalankan.


... suasana sangat-sangat tenang. Ammar berselawat sepanjang proses bersunat berlangsung. Ibu mengusap-usap lembut kepala Ammar.




Dalam masa 20 minit semuanya selesai. Allahuakbar.

Akhirnya, si dia sempat sampai bila Kak Ida sedang mahu membayar dan mengambil ubat.

"Abang jumpalah Dr sekejap" sambil Kak Ida usap-usap belakang badan si dia.




Faham perasaan gemuruh si dia. Anak lelaki tunggal katakan.

Ibarat jika isteri bersalin, terlepas untuk temankan di bilik bersalin. Begitulah.

Alhamdulillah, impian si dia untuk Dr Kamal sunatkan anak dia tercapai dan dipermudahkan oleh Allah.

Syukur Ya Allah.

Edited:
1. Kos sunat adalah dua ratus ringgit sahaja.
2. Tiada booking sunat melalui telefon. Perlu datang ke klinik untuk membayar deposit.

Selamat berpantang Ammar!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my