Friday, December 1, 2017

... kerana sepotong kek mangga!

Ya Tuhan,

Selepas balik dari restok barang dagangan Al Haddad di Bandar Baru Uda, Kak Ida seperti biasa membuka Whatsapp.

Rezeki peniaga online, telefon memang tidak dapat dipisahkan. Hihihi

Mata terus tertacap bait-bait kata bila mana MJ's Farah menawarkan kek mangga pelam manis (homemade).

Istimewanya, mangga itu adalah hasil yang beliau tanam didepan rumah. Memang sudah tahu rasa manisnya mangga itu.

Phewww... tanya si dia sama ada boleh singgah atau tidak, dan alhamdulillah si dia bersetuju.

... dan inilah keknya. Kerana sepotong kek mangga, Kak Ida gagahkan untuk singgah!


Setiap lapisan kek dilapisi dengan mangga dan krim. Boleh bayangkan berapa kalori yang Kak Ida harus bakar... (aarrghhhhhh, sila abaikan kalori!)

Farah letakkan garpu untuk Kak Ida nikmati terus didalam kereta. Allahu. Kepuasan nikmat kek itu yang lebih utama berbanding kalori.

Terima kasih sahabat.

Ok, Kak Ida nak makan kek dulu, nantikan post terbaru Kak Ida. See ya!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my