Wednesday, December 13, 2017

Explorace Saya Cinta Solat

Sabda Rasulullah s.a.w
“Perintahkanlah anak-anakmu melakukan solat di waktu dia berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka kalau sudah berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka (maksudnya antara anak laki-laki dan perempuan)” (HR. Abu Daud).


Dalam hadis itu disebut anak-anak harus di ajar solat seawal usia 7 tahun lagi.Tetapi realitinya, adakah anak-anak kita sudah pandai dan sudah tahu caranya?

Mengikut statistik sebanyak 80% orang islam di negara kita yang masih tidak solat atau tidak cukup solatnya.

Daripada itu hanya 17% – 20% sahaja yang mengerjakannya secara “full time” (solat 5 waktu).

Lagi menyedihkan hanya 15% sahaja budak sekolah menegah yang mengerjakan solat 5 waktu secara penuh. (sumber utusan.com.my)

15% sahaja yang solat. Di manakah yang lain dan dimana silapnya ?

Ingat solat tiang agama, tiada tiang maka runtuh la rumah.

Tanamkan perasaan suka dan cinta akan solat kerana solat itu dapat mencorakkan mereka menjadi anak yang baik.

Bayangkan dengan didikan awal, anak anda jadi..

  • Mudah solat dan hendak solat tanpa disuruh walaupun dia tahu dia masih belum wajib lagi untuk solat.
  • Tahu solat kemudian ajar adik-adik dia yang lain untuk solat.
  • Bila anak sudah besar mereka akan anggap solat ini adalah wajib sebab telah dilatih dan diajar dari kecil lagi.

Sebenarnya pendidikan solat wajib berlaku di tadika. Ia sebenarnya adalah pendidikan berterusan.

Penerusan pada pendidikan yang telah kita mulakan sejak bayi.

Pendidikan yang fokus memupuk cinta dan bahagia solat. Bukan menekankan cara dan fekah solat.

Mengutamakan MAHU daripada TAHU.

Dengan pendekatan mendidik yang betul di usia tadika, anak telah punya jiwa yang subur cinta di usia tujuh, fasa ‘perintah’.

Insya-Allah berbekalkan rasa MAHU solat, anak sendiri mahu TAHU. Anak bersedia belajar lebih lanjut tentang solat.

Atas asas ini, anak akan terbina MAMPU solat di usia sepuluh dan seterusnya, insyaAllah.

Sebab itu kami adakan Program Explorace Saya Cinta Solat. Bagi membantu ibu ayah merealisasikan satu amanah yang besar ni.

Jadi apa yang akan berlaku ketika program ini? Antara aktiviti yang bakal di adakan khas untuk anak – anak ialah :

  1. Solat adalah bercakap – cakap dengan Allah.
  2. Read dan Sing – Sifat anak yang soleh.
  3. I am chosen – Choose to be good
  4. Kenapa Solat
  5. Explorace SCS – Paper Cut Matching
  6. Group Shaping Sheet.
  7. Appreciation.

Apa tunggu lagi wujudkan perasaan CINTA akan solat didalam hati anak-anak sekarang.

Info program :
Tempat : Dewan Seminar Anaedar SDN BHD
Tarikh : 22 Dec 2017 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari.
Bayaran : RM 15.00 seorang.

Program ni Khas yang bakal di kendalikan oleh Dzuliman Smart Khalifah. Satu badan tadika yang semakin pesat membangun dan menumpukan kepada perkembangan anak - anak.

Program untuk anak Saya Cinta Solat ini terhad untuk 45 orang sahaja. Anak-anak yang berusia 6 – 12 tahun sahaja yang boleh sertai bersama. 

Klik sini untuk pendaftaran :
https://goo.gl/d6SDUy

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my