Tuesday, December 26, 2017

Sasana Kijang | Homeschool

Selepas bercuti di Villa Mak Tok, Kak Ida dan si dia mengambil keputusan untuk menyambung cuti bagi projek Homeschool anak-anak.

Sebenarnya, ada beberapa senarai pendek telah dibuat antaranya Pusat Sains Negara, MAEPS Serdang, Taman Burung, Zoo Negara atau ke Planetarium Negara.

Tetapi, Kak Ida mengambil keputusan untuk ke Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia yang terletak di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma.

Cerita mengenai Sasana Kijang yang dipetik dari laman web www.bnm.gov.my

Sasana Kijang merupakan pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan dan pembelajaran yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2011.

Dalam sejarah kereta perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum masuk ke Sasana Kijang. Kemudian, terus ke parking LG5 yang terletak di aras bawah yang dikhususkan untuk pelawat muzium. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 5.00 (sekali masuk).



Parking LG5 dikhaskan untuk pelawat yang mahu ke Muzium. 


Kereta yang digunakan ketika Hari Kemerdekaan yang dinaiki oleh Tunku Abdul Rahman.


Terdapat lima aras. Untuk Galeri Kanak-kanak terletak di aras pertama bersebelahan dengan kedai menjual cenderamata.


Selamat datang. Kami disambut oleh Kijang yang merupakan haiwan rasmi dalam duit Ringgit Malaysia.



Terowong Sejuta Ringgit. Terowong ini dihiasi dengan wang kertas pelbagai siri dan denominasi. Sempat juga Kak Ida berangan apa yang boleh dibuat jika kita ada SEJUTA ringgit. Mmm....



Permainan interaktif kanak-kanak yang berasaskan "Simpan", "Belanja" dan "Berkongsi".


Wang yang digunakan pada zaman dahulu kala. Ada biji getah, tembaga buaya, cengkerang dan lain-lain lagi.



Jenis-jenis tabung yang digunakan untuk menyimpan duit.


Permainan interaktif. 


Anak-anak berpeluang untuk merasa bagaimana bekerja di bank.



Aktiviti menekap duit syiling.




Cara bagaimana duit kertas dihasilkan. Merasa juga pengalaman membuat duit kertas. Hihihi




Cara bagaimana mengenalpasti duit palsu.



Sempat tinggalkan "kenangan" di Sasana Kijang.



Selepas itu, kami ke Sasana Kijang Cafe yang terletak berhampiran disitu. Ya Allah, sedapnya coklat panas dan roti yang dijual di cafe tersebut.

Jangan lupa rasa keenakan makanan di cafe tersebut.

Alhamdulillah, projek homeschool Kak Ida kali ini berjaya dengan jayanya. Kak Ida tidak ke galeri-galeri lain kerana tidak berapa sesuai dengan usia anak-anak Kak Ida.

Namun begitu, Kak Ida sangat recommended jika pergi di sini.

Jumpa lagi next entry. Tata


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my