Entry kali ini adalah menyantuni keluarga si dia.
Kumpul adik-beradik sempena cuti panjang Maulidur Rasul. Menu pot luck.
Kak Ida membawa menu siakap tiga rasa (atas permintaan Fateen). Hahaha. Gagahkan juga memasak walaupun hakikatnya masak dalam kuantiti yang banyak Kak Ida tidak berapa mahir.
Dalam sibuk-sibuk memasak, Allahuakbar, Allah berikan rezeki. Ada RANIA yang mahukan 5 botol Qaseh Gold Junior dan sebotol Qaseh Gold Adinda. Walaupun agak kelam-kabut kerana perlu COD di BBU, (jalan agak jammed di Paradigm Mall), alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan.
Selepas COD, Kak Ida terus mengambil kuih koci dari mama Linda Nasir di Ateh Corner. Memang berbaloi rasanya. Lelehan santannya... phewww...
Kemudian, terus memecut ke Mutiara Rini untuk mengambil brownies pula. Kak Ida bercadang untuk celebrate birthday in advance si dia. Terima kasih sahabat baik Kak Ida kerana sudi buatkan kek istimewa untuk si dia.
Satu keluarga tetap satu keluarga.
Kesempatan berkumpul, pelbagai cerita sempat dikongsi. Memang meriah dengan makanan dan lauk-pauk. Lepas satu, satu lauk diratah.
Ada lauk rendang, pari masak asam pedas, laksa johor, puding, roti jala, dan macam-macam lagi.
Sedap-sedap belaka.
Sekarang, Kak Ida dalam perjalanan untuk COD sebotol Qaseh Gold Junior di Taman Universiti pula.
Malam nanti menyantuni staf SN Johor Bahru untuk menghantar stok berkarton-karton tamar cocoa pula.
Syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan hari ini.
Ok, next entry. Nantikan ya. Tata...
No comments:
Post a Comment