Untuk sarapan pagi, kami dihidangkan dengan menu nasi lemak ayam, bayam pasir goreng atau bayam kampung dan cendawan goreng.
Pertama kali Kak Ida menikmati bayam goreng sebenarnya. Sedap rasanya (walaupun jenuh juga hendak menghabiskannya). Hehehe
Anak-anak selepas bersarapan membuat aktiviti messy play. Bermain dengan pasir.
Oh ya, ada juga aiskrim Mulberry (homemade). Seringgit satu. Rasanya? Pheww... memang sedap. Siap ada buah mulberry diletakkan di aiskrim sebagai topping.
Anak-anak menikmati aiskrim sambil menikmati permandangan kebun. Subahanallah.
Pengalaman baru bagi mereka.
No comments:
Post a Comment