Thursday, December 28, 2017

Majlis Sanjungan Budi dan Majlis Makan Malam Pejabat Tanah Johor Bahru

Ya, si dia membawa kami sekeluarga ke Majlis Sanjungan Budi dan Majlis Makan Malam Pejabat Tanah Johor Bahru yang dibuat di Grand Paragon Hotel Johor Bahru.

Tema kasual. Ya, sangat kasual pakaian Kak Ida. Hahaha.


Majlis dibuat di Ballroom Level 2.


Ada Photobooth. Seperti biasa, Kak Ida dan anak-anak yang teruja. Memang best!



Duduk berhampiran pentas. Agagaga... Cuak Kak Ida dibuatnya. Alhamdulillah, anak-anak semua behave


See, baru nak fefeling gambar berdua dengan si dia, ada juga yang menempel. Memang tiada "can". Hahahaha!


Si dia membuat persembahan dengan #PEMBusker. Kumpulan si dia membawa dua buah lagu iaitu Bintang Hatiku dan Belaian Jiwa.

Hati Kak Ida bagai diawang-awangan bila melihat si dia bermain gitar di atas pentas. Hehehe

Namun begitu, bukan Kak Ida tidak mahu mengupload video, dalam video suara Adilah sedang menangis untuk mengikut ayahnya naik ke pentas. Aduhai anak. Bertabah hati ibu dibuatnya.


Si dia dapat hadiah cabutan bertuah berupa baucar Parkson bernilai RM 100.00. Ya, seperti biasa Kak Ida sudah berangan apa yang boleh dibeli. Hahaha 

Rezeki suami terselit juga rezeki si isteri. Kan?


Inilah gambar kami sekeluarga. Paling "cantik" dan meriah dengan gelagat masing-masing.

Terima kasih si dia kerana membawa kami menikmati short vacay. Tahun depan bawa lagi. Hihihi

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my