Kemudian, kami menemani si dia untuk menunaikan solat Jumaat terlebih dahulu di Masjid An-Nur Larkin Sentral.
Selepas itu, terus bergerak ke destinasi seterusnya. Angry Bird Theme Park yang terletak di Tingkat tiga, JBCC Komtar, Johor Bahru.
Cerita ringkas, watak Angry Birds adalah antara watak yang popular didunia kerana ramai orang suka bermain games di internet.
Sebelum masuk, kita kena beli tiket dahulu. Kak Ida hanya perlu membayar RM 150.00 untuk enam orang kerana mendapat tiket. Kak Ida juga dapat 4 aiskrim secara percuma dan potongan diskaun jika membeli cenderahati disitu.
Tiket masuk adalah RM 60.00 untuk satu kepala.
Kami diberi "gelang" untuk masuk ke setiap theme park.
Kak Ida juga menyarankan untuk membawa stokin dari rumah. Kasut dan air minuman juga perlu ditanggal dan diletakkan di tempat yang disediakan. Kalau beli disitu, faham-faham sahaja dengan harganya. Hahaha
Oh ya, sebelum pergi juga, kita perlu merancang pukul berapa hendak masuk sesi yang mana. Kalau tidak, kena berkangar diluar. Maklumlah, kalau sudah sampai, anak-anak pula kena menunggu... Rasa?
Kak Ida cadangkan untuk masuk ke sesi ketiga iaitu pada jam 6 petang kerana anak-anak boleh bermain untuk tempoh 4 jam.
Kalau masuk sesi kedua, kena rehat satu jam untuk staf membersihkan kawasan theme park sebelum sesi ketiga dimulakan.
Teaser dahulu
Taman tema yang berlatarbelakangkan gambar Angry Bird. Memang mengujakan kanak-kanak. Banyak permainan yang mencabar kemahiran motor halus dan motor kasar kerana perlu memanjat, melompat, merangkak...
Boleh bayangkan?
Antara permainan yang disediakan adalah Lazer Maze, Tower Play, Go Kart, Trampolin, Piggy Shooting, Captain Black Bird dan lain-lain lagi.
Misi mencari Ammar. Hahaha
Banyak permainan disediakan. Larat atau tidak sahaja untuk anak-anak bermain.
Ya ampun, tenaga anak-anak... Kak Ida mampu duduk ditepi hanya memantau anak-anak.
Ruang rehat di tingkat atas. Sambil menikmati aiskrim percuma dan take a break untuk beri susu pada Ammar dan Adilah. Hahaha
Selepas itu, kami mengambil keputusan untuk balik. Adilah juga sudah meragam kepenatan.
No comments:
Post a Comment