Hari ini, Kak Ida makan tengahari di satu restoran di Bandar Baru Uda.
Landmark restoran ini berdekatan dengan flat Bandar Baru Uda.
Kak Ida terlupa nama restoran ini (akan diupdate kemudian) hanya untuk menikmati mee wantan sup dan juga dimsum.
Mee wantan ini disertakan sekali dengan kuah kicap yang dicampur dengan cili padi.
Memang sedap!
Manakala menu kegemaran si dia adalah mee wantan kering.
Rasanya memang light. Jadi, selepas makan perut kita tidak terasa terlalu lapar atau terlalu kenyang.
Harga semangkuk mee wantan adalah RM 7.00. Berbaloi dengan rasa.
No comments:
Post a Comment