Kebetulan Iffah balik bercuti ke Johor Bahru, kami mengambil kesempatan untuk menikmati makan malam bersama.
Kali ini kami memilih restoran Asam Pedas dan BBQ di Taman Universiti.
View restoran menarik. Pelbagai topik kami kongsikan. Maklumlah, kami jarang dapat berkumpul kerana kengkangan kesibukan masing-masing.
Kami memilih menu ikan jenahak (bahagian ekor) asam pedas, telur, set ulam-ulaman dan sup ayam. Seperti biasa, Susi menyediakan dessert kek dan brownies sebagai pencuci mulut.
Memang wow.
Kek dan Mak Jemah's tidak dapat dipisahkan.
Sambil berbual-bual dan makan, aktiviti kami apa lagi, bergambar sakan! Hehehe
Kek brownies hasil tangan Susilawati.
Nampak tak? Nampak? Jangan sangka... Hahaha
Buah tangan dari Susi untuk MJ's.
Video boomerang akan diupload kemudian. Hihi
No comments:
Post a Comment