Sunday, December 17, 2017

Riding for Disable Association

Pagi ini Kak Ida menyantuni Program Perasmian "Riding for Disable Association" cawangan Universiti Teknologi Malaysia.

Program ini bertempat di Pusat Equin UTM Skudai, Johor Bahru.



Berkesempatan menyantuni bekas guru sekolah Kak Ida disini, iaitu Cikgu Azmi yang turut hadir.


Sempat lagi kami bertiga mengimbau kenangan di zaman persekolahan. Kak Ida juga dimaklumkan bekas guru besar Sekolah Sri Skudai, Tuan Haji Jamian bin Mos telah meninggal dunia. (Al Fatihah)


Alhamdulillah, Ammar sudah mengikuti program RDA hampir tiga bulan yang memfokuskan pada kanak-kanak istimewa seperti Down Syndrome, Autisme, ADHD dan lain-lain lagi.

Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi RDA Malaysia, Dr Shamsul Kamal bin Ismail.




Simbolik perasmian.




Demo terapi berkuda anak-anak istimewa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...