Sunday, July 22, 2018

KL Tower | Kuala Lumpur Upside Down House

Selepas kenyang bersarapan di Nasi Lemak Warung Bunian, kami berdua membuat keputusan untuk ke KL Tower | Upside Down House.

Seperti biasa sebelum bergerak, Kak Ida akan buat research terlebih dahulu melalui google.

Ok, harga tiket mampu milik. Tiket dewasa cuma berharga RM 19.00. Cuma itulah, mungkin kedatangan Kak Ida pada hari Ahad, orang agak ramai yang datang.

Jadi, kami berdua perlu menunggu seketika sebelum dapat masuk ke dalam rumah.

Sejujurnya, agak mengecewakan berbanding Kak Ida ke Upside Down Museum di Penang.

Kak Ida kesini kerana tertarik dengan rumah terbalik "Tertinggi di Malaysia- 2 Tingkat"
















Masuk sahaja ke dalam rumah, kami ditunjukkan dengan cara untuk mengambil gambar oleh petugas disitu. Kemudian, kami perlu mengambil gambar sendiri. 

Jika kita blur-blur, memang gambar yang dihasilkan tidak cantik. Kus semangat. Sangat-sangat mengecewakan.

Pilihan tempat di dalam rumah pun amatlah terhad walaupun katanya "tertinggi di Malaysia". Entahlah...

Di tingkat bawah ada empat 'ruangan' sahaja. Pencahayaan pun malap disitu.

Manakala di tingkat atas, lagggiiilllahhhh... Kak Ida sempat berpaling pada Intan "Ini aje ke yang?" Hahaha... bayangkan? betapa tidak seronoknya kami di situ. 

Jika petugas mengambil gambar kami berdua pun, banyak yang blurrr.... huk huk huk... 

Satu yang Kak Ida puji, petugas disitu ramah. Tidaklah buat muka ketat bila kami bertanya itu ini.

Entahlah, sangat-sangat mengecewakan. Kak Ida bagi dua bintang untuk ke sini dan memang tidak akan ke sini lagi rasaya. Tidak berbaloi dengan harga yang kami bayar.

Namun, Kak Ida selitkan juga beberapa keping gambar sebagai tatapan pembaca blog Kak Ida.

Nantikan entry terbaru Kak Ida di Muzium Telekom selepas ini.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my