Wednesday, July 25, 2018

Kursus AKRAB Tahap 2 : Program CSR Madrasah Raudhatul Baiduri

Pejam celik pejam celik, sudah hari ketiga Kak Ida di sini. 

Hari ini yang istimewanya adalah kami akan menyantuni program CSR di Madrasah Tahfiz Anak-anak Yatim/Miskin Raudhatul Baiduri Dengkil.

Selepas bersarapan, kami terus bergerak secara berkonvoi ke sini.

Kami digalakkan datang awal bagi mengelakkan cuaca yang semakin panas. 



Disini, kami akan membantu dalam projek Penanaman Rock Melon. 

Sebelum itu, ustaz menerangkan serba-sedikit penanaman Pokok Rock Melon. Projek ini juga berkolobrasi dengan Pejabat Pertanian Dengkil dari segi khidmat nasihat.

Benih Rock Melon diperolehi dari Jepun, bukan dari Thailand. Antara faktor pemilihan biji benih adalah kerana anak benih tidak mudah rosak berbanding anak benih dari Thailand.

Buah akan dituai dalam jangka masa tiga bulan. Hasil tuaian inilah akan digunakan untuk menampung kos-kos perbelanjaan anak yatim dan miskin.




Baju merah adalah ustaz yang menjaga anak-anak yatim disini.





Ini anak benih Rock Melon ya. Sekali imbas macam pokok taugeh pun ada juga. Haishh...



Setiap pot akan diletakkan saluran air seperti gambar di atas. 






Yes, kami membantu meletakkan sabut kelapa di setiap pokok rock melon. 











Kolam berisi ikan keli turut dibina di Madrasah ini. Bagi menjimatkan kos. 


Aktiviti seterusnya, kami akan berbual mesra dengan anak-anak yatim dan miskin diSurau ini. Subhanallah, sungguh bersih.






Kami meneruskan dengan sesi temu mesra dengan anak-anak yatim dan miskin di Raudhatul Baiduri. Allahu, mereka cukup kuat meniti hari-hari mereka disini. 

Paling mengujakan apabila adik ini membaca satu surah. Sebak seketika Kak Ida bila mendengarnya.


Kami akhiri program CSR dengan bergambar kenang-kenangan bersama ustaz, anak yatim dan miskin disini.





Kak Ida doakan adik-adik ini kuat dalam menempuh kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my