Malam terakhir Kak Ida di Melaka.
Alhamdulillah, selesai juga tugasan sebagai ahli Jawatankuasa Media JUPEM Johor sepanjang PESUMA di Melaka XXXII.
Satu tanggungjawab yang mempunyai cabarannya tersendiri tetapi menyeronokkan. Malam ini Kak Ida berkesempatan untuk menghadiri Majlis Makan Malam dan Penutup PESUMA XXXII di Dewan Tun Ali, Melaka.
Alhamdulillah, mujur orang belum ramai lagi ketika Kak Ida sampai. Paling seronok, kami boleh membawa keluarga bersama-sama untuk menghadiri majlis ini.
Majlis dimulakan dengan membaca tahlil ringkas untuk kakitangan JUPEM Melaka, Allahyarham Yusof bin Abdullah yang meninggal dunia pada lewat petang semalam. Jadi, majlis makan malam dan penutup PESUMA ini berlangsung dalam suasana mengikut kesesuaian "keadaan semasa".
Selepas tahlil, kami disajikan dengan hidangan lauk-pauk Melaka.
Asam pedas tetel, cencaluk, dan ayam goreng. Cukup menyelerakan. Sambil makan-makan, kami berbual bertanya khabar antara satu sama lain.
Ketika inilah, kami dapat berjumpa semula kenalan di JUPEM lain. Hahaha...
Ketika ini, Kak Ida perlu bergegas pulang ke rumah manis. Mengejar masa untuk pulang kerana anak-anak akan bersekolah esok.

Alhamdulillah, selepas makan, acara majlis penutup dimulakan.
Ketika ini, Kak Ida perlu bergegas pulang ke rumah manis. Mengejar masa untuk pulang kerana anak-anak akan bersekolah esok.
Terima kasih JUPEM Melaka atas pengalaman ini. Sesungguhnya, setiap satunya ada ibrah yang kita dapat belajar.
No comments:
Post a Comment