Perancangan Allah itu juga yang terbaik.
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Mesyuarat Agung Twi Tahunan Kelab Sokongan Penyusuan Susuibu Johor Bahru.
Setelah siap memasak untuk makan tengahari, Kak Ida mulakan perjalanan.
Waktu itu hujan sudah mulu turun dengan agak lebatnya. Pasang Google Maps, insya Allah 39 minit sampai ke destinasi. Kali ini mesyuarat AGM buat di Taman Delima. Agak jauh juga dari Skudai.
Perjalanan seperti biasa. Kak Ida agak berhati-hati kerana jalan yang licin. Masuk ke highway Pasir Gudang, Kak Ida terdengar ada bunyi letupan. Kus semangat. Mujur kereta tidak terpusing. Cuma memang "lari" dari landasan. Allahu, mujur tiada lori atau kenderaan yang lalu di sebelah lane.
Ingatkan tiada apa-apa, jadi Kak Ida ambil keputusan untuk teruskan perjalanan. Semakin lama, kereta semakin berat. Argghh sudah...
Kak Ida memberikan signal ke kiri untuk berhenti. Terkumat-kamit mulut menjaga inner peace supaya tidak panik.
Lori memang agak banyak ketika ini. Setiap kali lori melintas kereta Kak Ida, setiap kali itulah kereta Kak Ida bergoyang. Setelah pastikan keadaan selamat, Kak Ida turun dari kereta.
Sah, tayar pancit. Huhuhu...
Sempat Kak Ida ambil gambar sebelum masuk ke dalam kereta semula. Hidupkan lampu kecemasan dan terus hubungi si dia maklumkan keadaan Kak Ida.
Sempat si dia titipkan pesanan. Perasaan gemuruh memang belum habis lagi. Cuak weh...
Buka whatsApp, kongsikan gambar lokasi, gambar tayar dan sharing live location pada si dia. Alhamdulillah, selesai.
Hubungi sahabat-sahabat dunia penyusuan untuk maklumkan ketidakhadiran Kak Ida di AGM. Pujuk diri supaya tidak kecewa kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Akhirnya si dia sampai. Lega terus rasa hati.
"Abang, you're always be my hero".
Si dia lihat spare tyre di belakang dalam keadaan elok. Syukur.
Terus si dia tidak membung waktu. Lihat si dia bertungkus-lumus menukarkan tayar kereta membuatkan hati ini cukup terharu.
Lelaki ini sentiasa ada bila Kak Ida memerlukan.
Lori pula semakin banyak pula petang-petang begini. Teringat kata-kata mama, bila kita berada dalam kesusahan, jangan lupa baca ayat Kursi. Allah akan melindungi kita dalam bahaya.
Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga si dia tukarkan tayar. Dia tanya adakah Kak Ida mahu teruskan perjalanan ke AGM, Kak Ida gelengkan kepala. Takpelah, tiada rezeki untuk join mereka kali ini.
Kereta ini penting kerana Kak Ida mahu gunakan esok. Kalau bertangguh, kedai tidak dibuka esok kerana hujung minggu.
Setelah selesai, kami gerak pulang bersama-sama. Sampai di Skudai, kami berpecah haluan. Si dia mahu ke kedai tayar manakala Kak Ida terus pulang kerumah.
Nah, keadaan tayar sebagai kenangan Kak Ida simpan didalam blog. Memang teruk kerana tertusuk besi sehingga ke sport rim. Huhuhu
Insya Allah, Kak Ida percaya Allah akan gantikan sesuatu dengan lebih baik.
Paling penting, semuanya selamat.
No comments:
Post a Comment