Salam dari Menara Taming Sari...
Selepas Kak Ida turun dari menara Taming Sari, Kak Ida dan Aisyah terus ke kereta.
Anak-anak sudah mula merengek hendak menaiki beca bila melihat beca yang cukup cantik perhiasannya. Ada Hello Kitty, Ponny, Didi and Friends dan lain-lain lagi. Ikut perancangan asal, Kak Ida mahu mengajak ke Melaka River Cruise, tetapi akhirnya kami berdua bersetuju memilih untuk menaiki beca.
Pengalaman pertama untuk anak-anak.
Kami menyewa dua buah beca dengan bayaran RM 50.00 untuk keluarga kecil kami.
Boleh bayangkan keterujaan anak-anak menaiki beca? Memang riuh rendah.
Abang beca membawa kami dari Menara Taming Sari ke Kota A' Famosan sebelum ke jalan besar sebelum berpatah balik ke Menara Taming Sari.
Kami berhenti di A Famosa untuk bergambar kenang-kenangan. Bangunan A' Famosa ini bersebelahan dengan Gereja St Paul dan Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
Kesan-kesan daripada jajaran tembok kubu Portugis yang menjadi pertahanan penjajah Portugis selepas penaklukan Melaka pada tahun 1511.
Abadikan kenangan. Bukan sahaja anak teruja, ibu pun sama. Hahaha...
Terima kasih abang beca atas pengalaman ini. Kami cukup seronok melalui pengalaman yang cukup berharga ini.
Ok, nantikan entry khas Jalan jalan Melaka lagi ya.
No comments:
Post a Comment