Sunday, April 14, 2019

Jalan jalan Cari Makan | Asam Pedas Pak Man, Melaka

Salam dari Melaka. 

Of course la, sebab tak balik lagi. Hahaha

Hari ini, Kak Ida ingin menikmati asam pedas Melaka. Kebetulan, restoran ini tidak jauh dari tempat penginapan kami. Maka... disinilah kami.

Nama restoran ini ialah Asam Pedas Pak Man, Taman Melaka Perdana, Bukit Katil, Melaka.

Kus semangat... Memang ramai orang yang menjamu selera disini walaupun Kak Ida datang agak lewat iaitu dalam pukul 3.00 petang. Mujur juga parking mudah. Kalau tidak, memang kita boleh batalkan hasrat untuk makan di sini. Pengunjung tidak putus-putus datang.

Jumpa meja, terus kami memesan makanan. Ada pilihan set makanan atau beli ikan sahaja. Set makanan ini terdiri daripada asam pedas (ikut pilihan ikan atau telur ikan dan harganya semestinya berbeza kerana mengikut harga pasaran), timun dan juga telur masin. Kak Ida memilih asam pedas tenggiri manakala si dia memilih asam pedas ikan sembilang.

Kami juga menambah 'side order' seperti kangkung goreng belacan dan telur dadar.





Servisnya memang pantas. Staf memang ramai. Jadi kami tidak menunggu lama untuk menikmati makan tengahari. Alhamdulillah.


Harganya? Memang berpatutan dan rasanya memang sedap.

Bezanya asam pedas melaka berbanding asam pedas di negeri lain, tiada daun kesum dan bunga kantan. Tetapi ada daun limau.

Cadangan untuk makan tengahari atau malam, bolehlah datang singgah disini. Insya-Allah tidak mengecewakan. 

Ok, jumpa kita di next entry. Tata

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my