Monday, April 1, 2019

Jalan jalan Terengganu | Pusat Sains dan Kreativiti

Salam dari Hotel Permai, Kuala Terengganu.

Selepas bersarapan di hotel, Kak Ida mengambil keputusan untuk berehat dibilik sahaja sementara si dia pula bersiap-siap mahu ke Persidangan Pejabat Tanah pagi ini.

Check-point pertama kami sekeluarga adalah ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT). Pusat Sains dan Kreativiti ini terletak di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) yang tersergam indah di Padang Hiliran Kuala Terengganu.

Pusat Sains ini hanya mengambil masa 13 minit dari tempat penginapan kami. PSKT ini lebih kurang seperti PlaySmart yang ada di Kuala Lumpur tetapi lebih besar, selesa dan banyak yang menarik perhatian.


Alhamdulillah, bayaran tiket masuk adalah sebanyak RM 12.00 untuk dewasa, RM 6.00 untuk kanak-kanak. Oh ya, untuk OKU terdapat pengurangan harga tiket sebanyak 40%.




Ruang masuk Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu.


Kak Ida mulakan dengan zon Natural Disaster. Disini ada diterangkan bagaimana bencana alam terjadi seperti banjir, tsunami, gempa bumi, gunung berapi dan tanah runtuh.



Bagaimana pemanasan global berlaku sekarang ini.





Seterusnya, kami ke Spark Your Creativity. Di sini ada banyak















Jadual berkala ditunjukkan dengan cara yang begitu interaktif.



Kemudian kami ke Dome Show. Ia seperti igloo tetapi gelap. Untuk masuk ke Dome Show ini, kita perlu membayar tiket masuk RM 2.00/seorang.

Kami diarahkan untuk berbaring (seperti melihat bintang di langit) untuk menyaksikan simulasi dan dokumentari tentang angkasa dalam bentuk 3D yang dipancarkan ke "Dome" (Kubah). Kita akan merasai seperti kita menjelajah angkasa lepas yang dipenuhi bintang-bintang, planet, meteor, bulan dan pelbagai lagi objek yang ada di angkasa lepas.

Memang awesome sangat-sangat.

Kami teruskan sesi jelahan Pusat Sains dan Kreativiti ke Tingkat Dua pula.


Cara menanam pokok dengan bahan-bahan terbuang.


Kita menjadi CSI dengan melihat bentuk cap jari kita. Di situ ada disediakan kertas, stamp pad dan kanta pembesar. 

Terdapat beberapa jenis cap jari yang kita boleh tahu antaranya pusaran, membulat dan lain-lain.


Satu corak dinding yang menarik perhatian Kak Ida disitu.


Ini adalah sudut kita menyusun semula organ dalaman kita seperti otak, paru-paru, usus kecil, usus besar, dan lain-lain lagi. Tidak silap Kak Ida, subjek ini sedang dipelajari oleh Aisyah di sekolah. Sangat interesting!








Selain itu juga, ada disediakan lagi pelbagai jenis permainan interaktif yang lain.



Mural dinding di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu.



Kemudian, kami ke bahagia Sci-Kids. Disini, bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM 2.00/seorang. Tiketnya juga berupa bookmark. Jadi, jangan buang ya. Hahaha

Stokin juga perlu dipakai untuk masuk ke ruangan ini.



Anak-anak akan spend masa yang agak lama disini. Oh ya, disini ibubapa/penjaga tidak dibenarkan masuk kerana ada petugas. Anak-anak bebas bermain sementara ibu dan ayah boleh berehat-rehat melepakan keletihan. 

Kak Ida mengambil kesempatan untuk mencari tempat makan tengahari yang menarik. Insya-Allah, Kak Ida akan kongsikan pada next entry akan datang.





Ruangan Rythm Zone. Ada kompang, gembana, dan pelbagai lagi peralatan muzik yang anak-anak boleh cuba disini.

Malangnya, untuk ke tingkat tiga kami tidak sempat untuk masuk kerana kesuntukan masa.

Tetapi, pengalaman anak-anak disini sangatlah memberi pengalaman yang cukup menarik.

Ok, time's up. Jom jalan-jalan cari makan.

2 comments:

  1. Assalamuaalikum. Ada tempoh masa tak berapa lama boleh ada dalam tu?

    ReplyDelete

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my