Inilah harinya...
Rezeki anak-anak dapat APC selepas 10 tahun.
Rezeki anak-anak dapat APC selepas 10 tahun.
Seawal jam 4.45 pagi Kak Ida sudah bangun untuk bersiap-siap sementara menunggu waktu Subuh jam 5.48 pagi di Kajang.
Menjelang 7.30 pagi, terus bersiap-siap untuk ke Bangi Avenue Convention Center yang terletak berhadapan dengan hotel. Lebih kurang 5 minit berjalan kaki.
Kali ini, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tiada raptai. Sangatlah menjimatkan masa.
Kami bergambar kenangan dulu dengan semua penerima APC wanita.
Sejujurnya, Kak Ida memang tidak berapa sihat dari malam tadi. Batuk dan selesema menyerang. Kak Ida cuma mampu berdoa Allah gagahkan diri untuk menghabiskan hari ini.
Bergambar dengan sahabat lama yang sudah berpindah ke Perak.
Ballroom 1 yang sangat-sangat cantik. Besar dan luas. Seramai 384 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari JUPEM.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dirasmikan oleh YB. Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.
Dengan geng kerusi sebelah... Bergambar sementara hendak menghabiskan masa menunggu sesi ke-4. #KebasPunggungDudukLama
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga mengambil APC jam 12.34 tengahari. Sijil APC JUPEM Johor disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato' Sr Mohd Noor bin Isa.
Selesai penyampaian sijil, abang Fadzli bantu menguruskan bab-bab gambar sementara Kak Ida pula menguruskan mengagihkan sijil dan SSP BSN.
Menjelang makan tengahari, Kak Ida terpaksa mengaku kalah. Kak Ida maklumkan pada Kak Ana untuk terus bergerak pulang ke Johor. Di dalam kereta, Kak Ida hanya mahu melelapkan mata untuk merehatkan badan.
Sampai di Johor, Kak Ana terus drop Kak Ida ke hospital. Nah, ubatnya.
Patutlah doktor yang merawat bertanya adakah Kak Ida seorang guru. Rupa-rupanya, name tag masih tersemat indah di tudung. Hahaha
Bila maklumkan apa yang berlaku, doktor siap melawak, "mahu sambung check-in disini?" Waaa... tidak! Huhuhu
Sudahnya, Kak Ida tiada mengambil banyak gambar. Perancangannya, selepas ambil APC, kami mahu merakam kenangan. Tetapi, nan ado...
Sepatah kata Kak Ana, "Takpe Ida, ada rezeki Ida lagi, ambil banyak-banyak gambar di APC akan datang. Hehehe"
Menutup kata, Kak Ida ingin memanjatkan seribu kesyukuran pada Allah swt atas rezeki ini.
Terima kasih si dia Mohammad Syamsul bin Kamisan, yang tidak putus-putus berdoa dan menjadi tulang belakang Kak Ida. Terima kasih anak-anak ibu, Aisyah Insyirah, Aina Insyirah, Mohammad Ammar dan Adilah Insyirah yang sentiasa berada disebelah ibu.
Terima kasih kepada ibu dan ayah Kak Ida Encik Mudzakir Mohd Azib dan Puan Saleha binti Meoun yang menumpang gembira atas berita ini.
Terima kasih kepada pengurusan JUPEM, Penolong Pengarah Ukur Pangkalan Data, Sr. Muhamad Sufi bin Md. Shafie, rakan-rakan sejawat Kak Ida yang sentiasa ada (you know who you are) dan mereka yang sentiasa menyokong Kak Ida dari setiap segi.
Sungguh, Kak Ida abadikan nama kalian disini sebagai semangat Kak Ida menempuh kejayaan akan datang.
Insya Allah.
No comments:
Post a Comment