Sepanjang Kak Ida di Melaka, Kak Ida telah memilih Bayou Lagoon Park Resort untuk penginapan "rasmi" Kak Ida sekeluarga.
Kak Ida memilih Junika Home BayouLagoon untuk menguruskan penginapan dan sejujurnya, ia sangatlah berbaloi.
... sesuai dengan namanya, kita selesa seperti kita berada dirumah.
Bilik studio yang luas dan selesa serta mempunyai kelengkapan yang lengkap bagi kami sekeluarga.
Welcoming drink pun ada. Pheww...
Didalam bilik air, ada jakuzi lagi ok. Pada yang dalam mood honeymoon dan mahu renew honeymoon, bilik ini sesuai untuk anda.
Selalunya, anak-anak akan sambung mandi disini lagi. Selagi tidak penat!
Berderet-deret tiket untuk masuk theme park telah tersedia di atas meja. Maklumlah, anak ramai. Hahaha...
Kami disambut dengan ucapan "Have A Nice Day". Rasa cukup dialu-alukan kedatangan kami ke sini.
Paling menarik semestinya theme park ini. Anak-anak mula menggelabah puyuh bila melihat theme park ini. Masing-masing tidak sabar untuk terjun.
Berbanding "jiran sebelah", sejujurnya kami lebih prefer di Bayou Lagoon sebenarnya.
Sila cabar diri untuk slide dan mencuba apa yang ada di theme park ini.
Alhamdulillah, pengalaman best stay di sini.
Bagi yang berminat untuk stay, boleh hubungi Junika Home BayouLagoon ok.
No comments:
Post a Comment