Salam dari Melaka. Hari ini hari pertama Kak Ida ke Melaka kerana menyantuni Pesta Ukur Se-Malaysia (PESUMA) yang ke-XXXII di Melaka.
Kami sampai awal dari waktu check-in yang ditetapkan. Alang-alang, kami membuat keputusan untuk pergi beberapa tempat bersejarah, warisan yang menarik.
Check point pertama kami adalah Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong, Melaka. Perigi ini telah wujud semenjak 300 tahun dahulu.
Pelbagai versi cerita bagaimana perigi ini terbentuk. Antara pembacaan Kak Ida boleh kongsi adalah perigi ini terbentuk berikutan hentakan kaki Hang Tuah yang ingin bersolat di kampung tersebut. Hang Tuah telah menghentak beberapa kali dengan menggunakan kakinya, maka terkeluarlah banyak mata air yang jernih dan bersih di kawasan itu.
Kesan hentakan juga menjadi semakin besar dan perigi membentuk seperti bujur sirih, seolah-olah seperti tapak kaki kanan Hang Tuah.
Berdasarkan fakta tidak rasmi, kedalaman perigi Hang Tuah dikatakan sedalam 1.8 meter. Perigi ini juga dikatakan tidak pernah kering walaupun Melaka pernah dilanda musim kemarau yang sangat panjang.
Paling menarik, Perigi Hang Tuah ini telah diwartakan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Aisyah tidak melepaskan peluang mengambil air di perigi untuk membasuh muka.
Kemudian, Kak Ida meneruskan perjalanan ke Hang Tuah Center. Malangnya, kami pergi pada waktu rehat pada hari Jumaat. Ia sudah ditutup.
Tidak mahu menghampakan diri, Kak Ida mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sekitar Hang Tuah Center dengan merakamkan beberapa gambar yang menarik disitu.
Tiket masuk Hang Tuah Center.
Pintu masuk Hang Tuah Center.
Kak Ida difahamkan Hang Tuah Center ini merupakan pusat rujukan yang memaparkan keunggulan Hang Tuah sebagai tokoh yang dikagumi.
Perjalanan hidup seorang tokoh yang disegani dari kecil sehinggalah dewasa berdasarkan Sejarah Melayu dan juga Hikayat Hang Tuah.
Oh ya, disini juga adalah Rumah Lima Pahlawan Melayu iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang pernah berkhidmat di zaman Kerajaan Melayu Melaka.
Sangat menarik dan jangan lupa singgah disini ya.
Baca juga pengalaman kami di
No comments:
Post a Comment