Selepas si dia selesai solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu, kami meneruskan perjalanan ke Menara Taming Sari, Melaka.
Sebenarnya, sudah lama Kak Ida teringin hendak menaiki menara ini. Hahaha.
Setelah berbincang dengan si dia, akhirnya si dia membenarkan Kak Ida membawa Aisyah sahaja untuk naik ke menara. Anak-anak yang lain bersama si dia di bawah.
Menara Taming Sari ini adalah Gyro Tower pertama di Malaysia yang telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 18 APril 2008.
Alhamdulillah, kami membayar RM 29.55 untuk dua orang. Satu tiket dewasa dan satu tiket kanak-kanak.
Oh ya, resit ini dianggap sebagai tiket ya. Sebelum masuk, resit ini akan dicop oleh pegawai yang bertugas. Mungkin kami datang pada waktu bekerja, keadaan di menara ini tidak sesak. Jadi, kami berdua tidak perlu menunggu lama.
Menara Taming Sari ini boleh memuatkan seramai 80 orang dalam satu-satu masa.
Kami bergambar kenangan berlatarbelakangkan Menara Taming Sari.
Kami berdua di bawa naik ke atas dengan ketinggian 110 meter. Struktur menara ini akan berpusing yang membolehkan kita menikmati pemandangan panorama Bandar Melaka dari udara secara 360 darjah selama tujuh (7) minit sahaja.
Sementara menara ini berpusing, pegawai yang bertugas akan menceritakan serba sedikit bangunan yang menarik yang boleh kita lihat seperti Dataran Pahlawan, Selat Melaka dan lain-lain lagi.
Ini adalah pandangan yang sempat Kak Ida ambil dari Menara Taming Sari. Memang cantik sangat pemandangannya. Jika kita datang waktu malam, pemandangan kerlipan lampu kita boleh lihat.
No comments:
Post a Comment