Tiada lagi yang mengejar kami setiap kali kami balik bekerja. Donut akan berlari-lari setiap kali enjin kereta sampai di rumah.
Tiada lagi donut yang sentiasa menggesel di kaki ketika kami sibuk didapur.
Tiada lagi aksinya yang bangga membawa balik binatang yang dapat ditangkap seperti burung, tikus, lipas dan lain-lain.
Tiada lagi...
Sebelum pergi, memang donut sudah tidak sihat. Makan tidak mahu. Menyisip sahaja air di bekas minuman.
Sebelum gerak ke Terengganu, donut masih berbaring. Tidak mahu langsung memandang Kak Ida.
Jaga diri ya donut.
Balik dari Terengganu, kami sudah terbau bangkai. Hati kami sudah tidak sedap. Puas si dia tengok depan belakang, tetapi kami tidak nampak dimana donut.
"Esok aje bang... kita tengok balik. Dah pagi sangat ni..."
Si dia akhirnya mengalah.
Keesokan petang,
... kami jumpa donut sudah tidak bernyawa di belakang timbunan pintu kereta di belakang rumah.
Kata si dia, mungkin sudah dua tiga hari donut mati. Donut memilih mati dirumah Kak Ida.
Terima kasih donut. Entry ini khas untuk diabadikan kerana menjadi salah satu kesayangan Ammar dan Aina.
Donut dalam kenangan.
No comments:
Post a Comment