Sunday, April 21, 2019

Jalan jalan cari makan | Nasi Dulang Daun Pisang Kajang

Alhamdulillah,

Kami keluar highway exit 210 Kajang lebih kurang pukul 1.13 petang. Perancangan asal mahu menikmati laksa, tetapi warung dibuka jam 3.00 petang.

Mujur kami cepat membuat keputusan untuk makan tengahari dulu. Abang Yazid menekankan beberapa kali kita tidak berkejar ke tempat penginapan. Chill chill sahaja. 

Google tempat menarik makan di Kajang, nah... Kak Ida terus tertarik dengan satu restoran ini.

Trip pertama JJCM kami adalah ke Nasi Dulang Daun Pisang. Istimewanya disini adalah pada kuah masak lemak dan tiga jenis sambalnya.

Sambal asam, sambal belacan dan sambal ayam penyet. 

Sambil beratur di kaunter, mata tidak berhenti-henti melihat hidangan yang keluar dari dapur. Sekejap nak makan ikan bawal, sekejap nak makan itu, sekejap nak makan ini. Semua sedap di pandangan mata.

Oh ya, ia dihidangkan secara set. Memang memudahkan urusan.


Hanya membuat pesan di kaunter. Buat bayaran dan duduk. Jangan lupa no resit sahaja. Nanti pelayan akan memanggil berpandukan nombor resit.

Akhirnya kami memilih dua set sotong bakar dan satu set ayam beserta air sirap.

Harganya pun cukup berpatutan. Namun, harga untuk set ikan dan sotong adalah bergantung pada harga semasa.


Servisnya memang pantas. Kami tidak menunggu lama walaupun pengunjung tidak putus-putus datang.



Alhamdulillah, nantikan next adventure JJCM kami. Hahaha

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my