Kak Ida bukan peminat dodol sebenarnya. Kalau makan pun waktu raya sahaja. Itupun hanya menjamah.
Dipendekkan cerita,
Seawal pagi si dia dapat panggilan dari sahabat beliau. Meminta bantuan mendapatkan dodol cair. Ada orang yang berhajat sangat yang mahukan dodol cair.
Kemudian, si dia bercerita. Mana dodol cair yang sedap.
Dodol cair? Ada ke dodol cair? Sepanjang 38 tahun Kak Ida hidup, selalunya Kak Ida makan dodol yang pekat dan likat.
Teringat ketika Kak Ida berjalan-jalan di Menara Taming Sari, seperti ada kioks yang menjual dodol. Niat di hati ingin ke sana sahaja.
Tetapi, ada sahabat manis maklumkan, dodol cair yang sedap ada di Simpang Ampat Melaka. Lebih kurang 40 minit juga perjalanan dari Bayou Lagoon Park Resort.
Tidak mahu menghampakan hajat orang, gigih juga Kak Ida menGoogle. "Dodol cair sedap di Simpang Ampat."
... dah nah, keluarlah nama kedai ini.
Kedai ini betul-betul berdekatan dengan Petronas Simpang Ampat. Kedai ini dibuka setiap hari sehingga jam 11.00 malam.
Memang pada awalnya, si dia ragu-ragu. Iyelah, makanan viral ini sedapnya hanya di muka buku sahaja. Sedapnya tidak kemana. Selalunya laa...
Lagipun, selera orang berhajat nak makan ini lain expectationnya kan...
Memang sedap weh... (menyesal pula beli semangkuk untuk diri sendiri). Padan muka!
Makan panas-panas. Cair di mulut. Aduhai...
Dodolnya pula tidak terlalu manis, tidak terlalu pekat. Selalunya, orang mengandung memang sukakan dodol cair sebegini (ikut kata tukang jual la...)
Adik ni pun sporting melayan Kak Ida mahu ambil gambar. Hahaha...
Terima kasih dik atas layanan baik. Memang sedap dan harganya pun berpatutan. Semangkuk hanya RM 10.00 sahaja. Manakala dodol yang pekat pula RM 13.00 semangkuk.
No comments:
Post a Comment