Friday, May 31, 2019

Misi Kemas Raya

Hari Raya Puasa akan menjelang tidak lama lagi.

Setelah berbincang dengan si dia, raya kali ini kami nak nampakkan "suasana" lain dengan kos yang cukup-cukup minima. Tidak perlu membeli yang baru untuk nampak baru. Betul?

Jadi, Kak Ida dan si dia berbincang untuk menyusun atur semula rumah supaya nampak lebih segar dan sedap mata memandang.

Hari pertama, kami fokus di bilik baju atau (wardrobe) anak-anak. Bilik ini terletaknya tempat menggosok baju, satu almari untuk meletakkan cadar dan toto dan lain-lain lagi.

Biasalah anak-anak kan, setiap kali mengambil baju, habis dikirainya semua. Bersepah-sepah.

Bakul berwarna putih itu berharga RM 14.90. Kak Ida membeli lima unit untuk menyusun atur baju-baju anak dengan menggunakan kaedah Kon Marie Method.

1. Kak Ida keluarkan semua baju yang ada di dalam almari. Asingkan baju dan seluar.
2. Kemudian, asingkan lagi baju/seluar yang lusuh, koyak, baju yang tidak mahu dipakai lagi atau tidak muat dipakai untuk dibuang. Elakkan simpan dalam kotak untuk disimpan pula di bawah katil. Teknik Kon Marie sangat mengutamakan ruang.
3. Lipat baju "seolah-olah boleh berdiri". 
4. Susun di dalam bakul dengan rapi.


Sebelum


Nah, ini hasilnya. Kemas dan mudah untuk anak-anak mengambil baju yang sudah dilipat kemas tanpa perlu mengirai. 

Kemudian, kami beralih pula ke ruang tamu. Di ruang tamu, kami ingin tekankan susun atur sofa dan perabot.


  

Anak-anak pula ditugaskan untuk membersihkan sofa dengan menggunakan foam khas yang dibeli di Mr DIY. 

Langsir seperti tahun-tahun sebelumnya, basuh dan gantung semula.

Kami suka melibatkan anak-anak dalam aktiviti mengemas. Selalunya anak-anak akan mengelap, dan membantu Kak Ida mengambil itu ini. Paling penting, elakkan membebel.

Insya-Allah, mereka akan lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan bersama.

Alhamdulillah, kami sangat-sangat berpuas hati dengan projek #KemasRaya tahun ini.

Kos hanyalah raga, tenaga dan masa. Memang berbaloi terutama dalam penjimatan ruang. 

Thursday, May 30, 2019

Musang King... sedapnya!

Salam Ramadan sahabat Kak Ida.

Malam tadi si dia mengajak untuk menikmati durian di "belakang" rumah. Selepas menghantar beberapa barang pada pelanggan, kami terus singgah disini.

Kedai ini merupakan tempat kegemaran Kak Ida jika mahu membeli buah-buahan. Mereka menyediakan pakej membalut buah-buahan seperti buah cempedak jika perjalanan kita memakan masa yang lama. Kemas balutannya. 

Kedai ini terletak berhadapan dengan Balai Polis Kangkar Pulai dan berdekatan dengan roundabout ke Taman Pulai Indah dan Bandar Kangkar Pulai.

Durian yang paling menarik perhatian Kak Ida semestinya durian kampung dan musang king. Selera tidak mahu kalah. Hihihi


Ada beberapa harga durian yang ditawarkan. Ikutlah bajet yang kita. Insya-Allah, puas hati.

Oh ya, jika kita tidak mahu bau durian "melekat" di dalam kereta, kita boleh menikmati terus keenakan durian disitu. Ada meja dan air masak disediakan. 

Selesa sangat.



Sebiji durian musang king ini berharga RM 60.00. Kepuasan menikmati rasa durian itu yang tidak boleh dijual beli. Hahaha...

Alhamdulillah, sangat berbaloi-baloi.

Wednesday, May 29, 2019

Terima kasih Kak Ng

Terima kasih Kak Ng atas ingatan ini.

Penuh kuih dan juga ada kiriman duit raya untuk anak-anak Ida. Allahu.

Tepek di blog sebagai kenangan.


Majlis Khatam Al Quran PUSPANITA JUPEM Johor 1440H

Salam Ramadan ke 25

Sederhana tetapi meriah. Itu yang boleh Kak Ida ungkapkan dengan Majlis Khatam Al Quran pada tahun ini.

Alhamdulillah, semalam berlangsung sudah Majlis Khatam Al Quran peringkat PUSPANITA JUPEM Johor. Majlis ini merupakan majlis kemuncak setelah kami mula bertadarus pada 12 Mei 2019 sehingga 23 Mei 2019 yang lalu.


Tahun ini Kak Ida mengalas tanggungjawab sebagai pengerusi Majlis. Terima kasih Kak Ana atas kepercayaan yang diberikan.


Bacaan doa telah disampaikan oleh Kak Ana. Selaku orang kuat Biro Agama PUSPANITA JUPEM Johor.

Majlis Khatam Al Quran ini juga telah dirasmikan oleh Puan Khairul Jihan binti Mohd Fadzilah selaku Timbalan Pengerusi PUSPANITA JUPEM Johor.



Alhamdulillah, kali ini kami membuat sedikit perubahan. Selain berselawat dan membaca Asmaul Husna, kami juga membaca Doa Dhuha untuk mengambil keberkatan waktu dhuha ketika majlis ini berlangsung.

Ramai orang-orang lama PUSPANITA JUPEM Johor sudah bersara. Tinggal yang ada untuk mengalas legasi ini.



Inilah wajah-wajah pengkhatam Al Quran pada tahun ini. Kami mulakan dari surah Ad-Dhuha sehingga Surah An Nas.

Selepas selesai, kami mengambil bunga telur dan sedikit cenderahati sebagai kenang-kenangan sambil diiringi selawat dan lagu Sesungguhnya dari Raihan dan Alif Satar.











Kami juga mengambil kesempatan untuk merakamkan kenangan sempena Quran Hour yang akan berlangsung pada Ramadan ke-26 di Masjid Iskandar Puteri, Nusajaya, Johor Bahru.

Alhamdulillah. Insya-Allah kita berjumpa di Majlis Khatam Al Quran 1441H.


Monday, May 27, 2019

Salam Ramadan 23 | Sesungguhnya 2019

Hari ini Kak Ida nak berkongsi lagu kegemaran Kak Ida iaitu Sesungguhnya 2019. Nyanyian dari Alif Satar dan Raihan.

Tidak jemu-jemu dengar lebih-lebih lagi lagu ini dilancarkan ketika di bulan Ramadan. Sesuai sangat.


Pertama kali Kak Ida dengan cameo, Allahu, cukup menenangkan jiwa terutama pada minit 4:32.

"Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku, Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu"

Cukup mendayu suara Alif Satar weh. Menusuk jiwa dengan diiringi tiupan seruling dari Faliq dan Yuri sebagai pemain dram. 

Sesungguhnya ini pernah meledak pada tahun 2007. Kiranya Kak Ida baru berumur 26 tahun. Masih muda belia gituww. Senang cakap, Kak Ida membesar dengan lagu Raihan.

Lirik Lagu Sesungguhnya 2019

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan

Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar

Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu

Moga ku tahu
Syukurku adalah milik Mu

Sunday, May 26, 2019

Pemenang giveaway Mialiana Dot Com

Alhamdulillah,

Pertama kali Kak Ida join giveaway sebenarnya.

Allahu, tidak menyangka pula Kak Ida menjadi salah seorang pemenang giveaway.

Kak Ida orang kedua terakhir yang join giveaway di www.mialiana.com berkaitan SAPS. Minit-minit terakhir. Mujur copy paste HTML sahaja.

Sudah tersurat ini semua rezeki anak-anak.


http://idakamiliamudzakir.blogspot.com/2019/05/giveaway-sapsibubapanet-di-mialianacom.html?m=1

Penghayatan di Bulan Puasa

Assalammualaikum pembaca blog Kak Ida.

Pagi ini, Allah memberi kelapangan masa untuk ke taman syurga untuk mendengar ceramah yang bertajuk "Penghayatan di Bulan Puasa" sempena Program Ihya Ramadan Tahun 1440H/2019.


Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Abd Halim bin Ahmadhu Kutty yang merupakan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Hospital Permai Johor Bahru.


"Tidak sepatutnyanya Engkau hanya berpuasa di bulan Ramadan sahaja".

Antara perkongsian-perkongsian yang Kak Ida sempat coretkan dalam buku nota Kak Ida adalah:-

Puasa adalah satu ibadah yang HANYA Allah swt yang menilai. Ini kerana Allah telah menyediakan satu pintu khas untuk mereka yang suka berpuasa di syurga nanti.

Antara hari-hari yang digalakkan berpuasa selain daripada bulan Ramadan ialah:-

  • Hari Arafah
  • Hari Asyura
  • Sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah
  • Sepuluh hari pertama di bulan Muharam
  • Bulan Rejab
  • Bulan Syaaban
  • Bula-bulan haram
  • Tiga bulan berturut-turut bermula dari bulan Zulkaedah
  • Setiap bulan tunggal pada bulan Rejab
  • Setiap awal bulan, tengah bulan dan akhir bulan.
  • Hari-hari "putih" iaitu bermula pada 13, 14 dan 15 haribulan setiap bulan
  • Puasa Isnin, Khamis dan Jumaat (dengan syarat puasa pada hari Jumaat digandingkan sama ada Khamis/Jumaat atau Jumaat/Sabtu)
Kebaikan berpuasa adalah untuk menekan nafsu kita. Selain itu, bulan Ramadan ini adalah khas untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. Subhanallah, sayang betul Allah pada umat Nabi Muhammad kan? 

Selain menjaga perut dan kemaluan (syahwat) ketika berpuasa, kita juga perlu mengelakkan lima perkara ini yang dapat membatalkan puasa. Iaitu:-
  • Berbohong
  • Mengumpat
  • Membuat fitnah
  • Melihat perempuan yang bukan mahram dengan syahwat
  • Sumpah palsu
Kita juga perlu memastikan makanan yang kita makan adalah dari rezeki yang halal terutama untuk dihidangkan kepada keluarga atau tetamu.

Alhamdulillah, walaupun ceramah ini dalam tempoh yang singkat, banyak juga ilmu baru dan perkongsian yang dapat Kak Ida faham dari hasil ceramah ini.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pembaca blog Kak Ida. Jumpa kita di next entry, Insya-Allah.

Tata

Thursday, May 23, 2019

Majlis Khatam Al Quran dan Penutup Ihya Ramadan

Alhamdulillah, tahun ini Allah rezekikan untuk Kak Ida mengambil peluang untuk khatam Al Quran bersama-sama ibubapa di SKTDS anjuran Panitia Pendidikan Islam untuk program Jom Ngaji bermula pada 06 Mei 2019 sehingga 22 Mei 2019.

Khamis yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Khatam Al Quran dan penutup Ihya Ramadan peringkat sekolah.

Kelam-kabut Kak Ida mencari bunga telur untuk disumbangkan untuk bunga pahar. Gara-gara terlupa.

Mujur Kak Ngah ada sebagai penyelamat keadaan. Huhuhu

Majlis bermula jam 11.00 pagi. Agak ralat di hati kerana Kak Ida tidak dapat turut serta. Hanya si dia yang menjadi wakil untuk melihat Aisyah berkhatam.

Selain Majlis Khatam Al Quran, majlis ini turut diserikan dengan pemberian sumbangan untuk pelajar asnaf dan miskin.

Terima kasih kepada cikgu yang sudi berkongsi gambar di group telegram dan whatsapp sebagai kenang-kenangan ibu untuk dimasukkan ke dalam blog.







Alhamdulillah, tahniah Aisyah kerana berjaya khatam Al Quran untuk tahun ini. Menarik perhatian Kak Ida adalah kata-kata ustazah, "Jangan berhenti membaca Al Quran walaupun sudah khatam. Bacalah penterjemahannya pula. Jadikan Al Quran sebagai asas dan panduan dalam merencana kehidupan kita".

Allahu, #Indeed.


Majlis diakhiri dengan sumbangan duit raya oleh guru kelas masing-masing. Alhamdulillah, rasa terharu Kak Ida lihat keakraban guru dan anak muridnya. Terima kasih teacher Suren kerana mendidik anak-anak 4 Bestari. Terima kasih.


Aisyah bergambar kenangan bersama-sama para pengkhatam yang lain.

Majlis selesai jam 1.30 petang. Ada rezeki ibu tahun hadapan, ibu mahu turut serta lagi program ini. Insya-Allah.

Ok, see you next entry. Tata


Wednesday, May 22, 2019

Salam Ramadan 17

Salam 17 Ramadan sahabat.

Hari ini anak-anak berpeluang berbuka puasa bersama guru dan sahabat-sahabat di Dzul Iman. Seronok sangat melihat pengalaman ini. 




Sementara itu, Kak Ida di pejabat. Berfikir-fikir apa yang perlu dibuat sementara menanti anak-anak selesai program berbuka puasa. Takkan nak berpatah balik ke Skudai pula kan?


Ting, Kak Ida dapat satu idea. Berbincang dengan si dia sama ada selepas habis waktu kerja boleh singgah ke Skudai untuk ambil Aisyah di rumah pengasuh dan kemudian terus ke bandar. Alhamdulillah, si dia bersetuju.

Kak Ida ambil keputusan untuk menghabiskan masa di City Square. Tips shopping di mall, pastikan anda membaca dulu apa yang ditawarkan oleh pihak pengurusan mall ketika musim perayaan. Selalunya, musim raya ini paling tidak akan dapat sampul raya. Hahaha...

Kami membeli baju raya anak-anak di FOS. Si dia sangat suka membeli baju anak-anak disini.  Banyak pilihan katanya dan paling penting, dapat menjimatkan tenaga Kak Ida untuk berjalan ke hulu hilir. 

Oh ya, pemilihan baju anak-anak adalah 100% dari si dia. Kak Ida cuma tunjuk-tunjuk sahaja mana yang Kak Ida berkenan. Itupun kalau si dia proceed. Selalunya, memang mmmm.... 


Selepas menghabiskan berjuta-juta rupiah, lihat jam di tangan, Kak Ida bertanyakan Aisyah mahu berbuka puasa di mana. Syaratnya memang tidak boleh jauh dari bandar sebab kita perlu bergegas.


Akhirnya, kami semua BERSETUJU untuk makan di Texas, City Square. Sejujurnya, disini Kak Ida sangat menggemari Honey-Butter Biscuit. Sedap wehh... Lemak dan lembut sangat rotinya.

See, ringkas sahaja pilihan kami. Paling penting kata si dia jangan membazir. Baik bos!




Inilah kali kedua kami berbuka di luar. Tahun ini seperti azam-azam yang lepas, kami mahu bersederhana ketika waktu berbuka. Seboleh mungkin, ada kelapangan masa, kami akan memasak menu yang ringkas dan paling penting dapat berkumpul dan berbuka bersama-sama.


Sebelum balik, Kak Ida singgah dahulu di kaunter pertanyaan City Square. 

Nah, hasil shopping kami di City Square. Oh ya, setiap perbelanjaan sebanyak RM 200 di mana-mana mall City Square akan dapat sepaket sampul raya. Selebihnya, akan dapat tiffin istimewa ini. Cantik weh tiffin ini.

Alhamdulillah, misi hari ini berjaya. Kami perlu ambil anak-anak pula selepas ini. Tata and see you next entry.

Thursday, May 16, 2019

Majlis perasmian Bilik Mama Friendly Nusajaya

Hasrat mewujudkan bilik "Mama Friendly" ini sudah memakan masa hampir 9-10 tahun. Banyak kertas cadangan yang dihantar...

... dan akhirnya, hari ini telah direalisasikan.

Mujur Kak Ida sempat menghadirkan diri walaupun tiba lewat dari jadual asal. Ini kerana Kak Ida perlu menyantuni untuk melapor diri pada hari yang sama.

Si dia menghantar Kak Ida ke majlis ini. Allahu, rupa-rupanya, program ini bersebelahan sahaja dengan pejabat si dia iaitu di Bangunan Dato' Mohammad Ibrahim Munsyi. Hehehe

Sampai di sana, Kak Ida terus menghubungi si kakak manis, Cik Puan Zulhaya Marzuki untuk bertanyakan lokasi tempat duduk. Ok, check-in done


Majlis perasmian Bilik "Mama Friendly" telah dirasmikan oleh YM Che' Puan Khaleeda binti Bustamam.




Allahu, rasa sebak bila Kak Ida dapat berjumpa dengan orang kuat disebalik tabir.


Kemudian, kami ke bilik penyusuan Mama Friendly. Memang wow. Ini keran Kota Iskandar merupakan perintis program Mama Friendly di Johor. Sangat-sangat best!

Jom, Kak Ida bawa menyusuri apa yang ada di bilik ini.



Peti ais untuk menyimpan susu ada.


Ruangan untuk sudut mengepam pun sangat selesa.


... Kak Ida bersama orang kuat TBAN yang menganjurkan Big Latch 2018 di Sutera Mall.

Kami juga berkesempatan bertukar-tukar idea untuk berkolobrasi dengan LPPKN dan JPW Johor.

Sempat juga join program "Hentikan Keganasan Terhadap Wanita". 






Alhamdulillah, bergambar kenangan.



Majlis selesai jam 2.00 petang. Terima kasih Kelab Sokongan Penyusuan SusuIbu Johor kerana beri peluang keemasan ini.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my