Monday, October 29, 2018

Cendawan Challenge

Cendawan Challenge


Jom kita tanam cendawan bersama anak-anak. Ibu dan ayah akan sama-sama membantu anak mempelajari kitaran hidup cendawan.

Sebelum itu, Kak Ida berkongsi apa yang kita boleh belajar dengan cendawan. Antaranya ialah:-


Banyak kan kita boleh mengambil pengajaran dari cendawan.

Selain itu, cendawan challenge turut menyediakan "worksheet" untuk dimuat turun sebagai latihan dan rujukan berkaitan cendawan.

Jangan lupa ambil swafoto (selfie) bersama hasil pertama anda. Hantarkan kepada kami untuk dimasukkan dalam album di Page Mommies United JB untuk kenang-kenangan.

Pemenang akan dipilih secara rawak. Paling penting ibubapa dan anak sama-sama belajar dan berseronok

Harga set bongkah cendawan : RM 20
✓ 5 bongkah cendawan
✓ Free Delivery (JB / PG / Tiram / Bandar Kota Tinggi)
✓ Link muat turun rujukan dan latihan bersama anak-anak
✓ RM 2.50 dari setiap pembelian akan disumbangkan kepada Kelab Mommies United

#MushroomChallengeMUJB

Mommies United - Senarai Aktiviti November

Jumaat (02/11/18)
  • Baby Expo: Danga City Mall Expo | 10.00 pagi -9.30 malam
  • SASU Aulad | Abounour Setia Tropika | 9.00 pagi -4.00 petang
Sabtu (03/11/18)
  • Baby Expo: Danga City Mall Expo | 10.00 pagi -9.30 malam
  • SASU bersama Puan Siti Laila | Skudai | 9.00 pagi -5.00 petang
  • Keluarga dan Keselamatan Siber | UTM, Skudai | 8.00 pagi -1.30 tengahari
  • World Robotic | Johor Bahru
  • Hari Keluarga Mawaddah Wa Rahmah | Bandar Baru Uda | 7.30 pagi -1.00 tengahari
Ahad (04/11/18)
  • Baby Expo: Danga City Mall Expo | 10.00 pagi - 9.30 malam
  • Medini Tech Talk | Mall Of Medini | 10 pagi - 6 petang
  • Edible Garden Programe @ Microgreens | Avira Sales Gallery | 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Sabtu (10/11/18)
  • Aki Matsuri | Puteri Harbour | 4 petang -10 malam
  • Fun and Fit with Baby 2.0 | UTM, Skudai | 9 pagi - 11 pagi 
Ahad (11/11/18)
  • Aki Matsuri | Puteri Harbour | 4 petang -10 malam
  • FESKO 61 | Tapak FESKO UTM
Sabtu (17/11/18)
  • Bedah KIK & Buku Suka Mengaji | Dewan Kompleks Raudhatul Maryam | 9.00 pagi - 12 tengahari
  • Fun and Fit with Baby 2.0 | UTM, Skudai | 9 pagi - 11 pagi 
Sabtu (24/11/18)
  • Kids Marathon 2018 | UTM, Skudai | 8 pagi - 12.00 tengahari
  • Fun and Fit with Baby 2.0 | UTM, Skudai | 9 pagi - 11 pagi 

Homeschool : Kids United Booth

Yeay, inilah hari yang dinanti-nantikan. Aisyah pun sudah membuat persediaan dengan membuat hiasan untuk booth.



Kali ini Kak Ida hanya membawa Aisyah dan Aina sahaja. Kami sampai di Adda Heights lebih kurang jam 4.00 petang. 

Syukur kami ditemukan dengan makcik yang menjual disitu juga. Beliau cukup teruja melihat anak-anak ini berniaga dengan turut menyokong membeli barang yang kami jual. 

Terima kasih makcik.



Aina sudah mulakan "aksi". Aisyah pula mengedarkan flyers dikawasan tempat letak kereta untuk menarik pelanggan supaya singgah ke Kids United Booth.

Kami menjual art craft, vitagen, pre loved toys, buah melon dan cupcake. 
Semua dengan harga RM 1.00.



Pelanggan pertama yang datang ke booth kami. Teruja betul melihat anak-anak berjaya menjual.


Kami juga turut sama membeli untuk menyokong anak-anak ini.



Orang semakin ramai melihat booth kami.


Terima kasih Kak Leen sudi datang dari Pasir Gudang menyokong Kids United Booth.


Terima kasih mama Noi. Datang menyokong walaupun "pitagen" habis. 

Aina pesan, "datang esok eh..." hihihi


Sold out. Terima kasih semua. Terima kasih.




Kami mak-mak bergambar kenangan. Walaupun tempoh singkat, tetapi boleh tahan penatnya. Hihihi

Kluang Railway Coffee | Kami datang...

Walaupun keretapi kami akan berlepas jam 6.54 petang, kami membuat keputusan untuk berkumpul di Kluang Railway Coffee sahaja.

Allahu, hujan mula turun bila kami sampai disitu.

Orang agak ramai dan Kak Ida perlu menunggu beberapa minit untuk mendapatkan meja yang kosong.

Alhamdulillah, sampai juga hajat Kak Ida untuk duduk dan (read: minum). Bukan duduk dan jangan lari. Hihihi 


Kami memilih menu pau butter kaya, telur setengah masak dan air teh tarik untuk diri sendiri. Si dia pula semestinya kopi. 


Akhirnya, kami memesan empat pinggan pau butter kaya. Ammar cukup berselera menikmati pau ini. 


Telur separuh masak. Mmm... menyelerakan!



Sempat kami bergambar kenangan disitu.



Tidak sah kalau tidak bergambar dengan banner Mommies United sebagai kenang-kenangan.



Terima kasih Kluang. Insya-Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi.



Train kami sudah sampai. Skudai, kami datang.



Terima kasih Jie atas pengalaman yang cukup awesome. Terima kasih juga kepada semua yang join program kali ini.

Ada rezeki, kita berjumpa lagi. Insya Allah.

Program Kasih Setanggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Insya Allah kami di Mommies United JB akan anjurkan satu program charity di Rumah Kasih Setanggi JB pada 2 November 2018, yang mana penghuninya adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan anak-anak asnaf.

Kami ingin membuka ruang dan peluang untuk kawan-kawan, jika mahu menyumbang barangan atau wang tunai, boleh Whatsapp Pn Wana 017-9561225.


Semoga sedikit sumbangan kita mampu memberi senyuman pada anak-anak ini

Saturday, October 27, 2018

Homeschool : Train to lambak

Train to lambak.

Yeay, ini hari yang ditunggu-tunggu. Bawa anak-anak merasai pengalaman menaiki keretapi dari Stesen Keretapi Kempas Baru ke Stesen Keretapi Kluang menuju ke Gunung Lambak.

Seawal pagi Kak Ida bangun untuk siapkan bekal potluck. Menu kebiasaan kami bila keluar berjalan jauh, ayam masak kicap. Hahaha. Menu kegemaran semua orang.

Kami juga merancang untuk keluar awal dari rumah untuk bersarapan di stesen keretapi Kempas Baru. Ada satu warung di situ, malangnya tutup pula. Adoi.


Terpaksa kami berpatah balik ke Arked berhampiran. kami bersarapan roti canai untuk mengalas perut.

Selepas bersarapan, kami sampai semula di Stesen Keretapi Kempas Baru jam 9.00 pagi. Ya, kita perlu berada setengah jam lebih awal waktu pelepasan ya kawan-kawan. 



Macam biasa, kami check-in dulu. Ada sembilan keluarga mengikut "rombongan" Train to Lambak. kali ini. Tiga keluarga menaiki keretapi dari Stesen Kempas Baru, empat keluarga di Stesen Keretapi Kulai dan bakinya menunggu kami di Gunung Lambak.




Ya, inilah koc kami. Lain sungguh keretapi sekarang. Ada cerita kelakar ketika membuka pintu keretapi. Tidak sangka ada "switch button" untuk masuk ke koc. 


Salah satu view menarik sepanjang perjalanan kami ke Kluang. Subhanallah. 

Kami sampai di Stesen Keretapi Kluang bila jam menginjak ke 11.30 pagi. Kami mengambil keputusan untuk menaiki grab sahaja ke Gunung Lambak. Tambang grab hanya RM 7.00 sahaja. 

Terasa seperti dalam pertandingan explorace bila satu demi satu keluarga sampai ke Gunung Lambak. Hahaha

Syukur alhamdulillah, Kak Ida dapat pemandu grab yang sangat-sangat baik. Rezeki anak-anak.

Sebelum itu, Kak Ida kongsikan tentang Gunung Lambak. Gunung Lambak ini merupakan sebuah gunung kecil yang terletak di Kluang Johor dengan ketinggian 510 meter dari aras laut. Gunung Lambak merupakan hutan Dipterokarp Bukit


Kami memulakan perjalanan ke Tapak Kawasan Berkelah diketuai oleh suami Jie, Encik Idzwan. Merasa Kak Ida naik jambatan gantung. Gayat juga rasa hati sebenarnya. Kemudian, meredah air. 


Sampai sahaja di tapak kawasan berkelah, anak-anak sudah nampak anak sungai. Aduhai, walaupun airnya sangat cetek dan kecil, terjumpa air merupakan satu rahmat besar buat mereka. 

... terus terjun!

Si dia dan para ayah sekalian pula mula memasang khemah dan mengemas barang-barang yang dibawa masuk ke dalam khemah. Monyet juga sudah mula datang menjengah kami untuk mengucapkan "selamat datang" kepada kami.

Pukul 12.00 tenghari, mereka mula bersiap-siap bagi memulakan aktiviti mendaki. 

Kak Ida membuat keputusan untuk tidak turut serta. Anak-anak sedang seronok bermain air. Kak Ida tinggal dengan satu keluarga lagi. 

Sambil berbual, kami menghalau monyet. Monyet pula sudah pandai untuk membuka zip khemah. Geram weh dibuatnya. Hihihi

 Monyet semakin banyak yang datang. Rezeki monyet bila mereka dapat merembat satu paket karipap dan roti.

Kemudian, Kak Ida mula membuka bekalan makanan dan suapkan semua anak-anak yang ada disungai. Cukup berselera sekali mereka menikmati makanan. Bertambah-tambah nasi.


Sambil menunggukan mereka pulang dari hiking, Kak Ida ambil kesempatan untuk merehatkan diri di dalam khemah.

Merenung langit dari dalam khemah, Kak Ida panjatkan kesyukuran. Walaupun ramalan cuaca mengatakan Kluang akan akan mengalami ribut petir dari pukul 11 pagi sehingga 7 malam, cuaca pada hari itu cukup-cukup selesa. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Allah rahmati kami. 



Alhamdulillah, mereka yang pergi mendaki, selamat turun. Bekal potluck dikumpul disatu tempat untuk dinikmati bersama. Seronok Kak Ida tengok suasana begitu. Cukup meriah.

Selepas makan, anak-anak menyambung mandi. Ayah dan ibu pula mengambil peluang berehat dan solat. Akhirnya, dalam jam 4.00 petang, kami membuat keputusan mula berkemas pulang. Cuaca sudah mula mendung. 


Bergambar kenangan sebelum balik. Yeay!


Sambil menunggu grab mengambil kami, anak-anak sempat mengemas sampah yang disitu. Good job kids. Sayangkan persekitaran untuk masa depan bersama.

Yok, kita berjumpa di Kluang Railway Coffee.

Thursday, October 25, 2018

Sister BF berkumpul

Alhamdulillah, 

#SisterBF berkumpul lagi. Ikutkan perancangan, diulangi... PERANCANGAN hendak berkumpul sudah lama. Memakan masa berbulan-bulan. Well, tidak pernah menjadi. Hahaha...

Kali terakhir pun kami berkumpul ketika zaman ini. Mmm....

Tup-tup, idea hendak berkumpul was like, ting! Betul la kata orang, jika kita merancang hendak berkumpul, tidak perlu menunggu waktu yang sempurna. Ewah!

Kak Ida memohon supaya kami semua berkumpul di bandar. Maklumlah, Kak Ida kerja gomen, haruslah hari Ahad bekerja. Kami merancang untuk makan tengahari bersama. Mujur mereka semua bersetuju sebulat suara tanpa bantahan.

Rancangan asalnya kami hendak berkumpul di Nong Chik, malangnya, cafe itu ditutup pula. Terpaksa Noorul mencari tempat lain sebagai alternatif. Alhamdulillah, akhirnya beliau memilih Malay Village.


Mana boleh lawan orang pertama sampai. Tetapi bukanlah paling lewat kan? Hahah


Alhamdulillah, orang "jauh" sampai juga. Kami bersorak beramai-ramai bila Cik Puan Linda Nasir selamat tiba. 


Menu of the day yang cukup menggoncang perut. Ada asam pedas ikan siakap, tumis kailan, telur dadar, sambal sotong, tauhu telur dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Sedap-sedap belaka. 


Cak. Alalala... sawit betul bila kami digandingkan berdua bila bergambar. (tepuk bahu).


Cantik juga gambar hasil tangkapan gambar "brother". Alang-alang bergambar, jangan kalah pose!


Kakak manis yang seorang ini. Kalau tidak berselera makan, makanlah bersama dia. Insya-Allah, selera makan akan datang. Hahaha


Menu paling digemari hari itu. Durian goreng. Sedapnya la hai... teringat-ingat sampai sekarang.


Ok, last posing untuk entry blog kali ini. Memang penuh dengan gelak ketawa bila kami berjumpa.

Terima kasih #SisterBF. Ada jodoh dan pertemuan, kita berjumpa lagi.

Hugs!



Thursday, October 18, 2018

Ibarat sirih pulang ke ganggang

Ibarat sirih pulang ke ganggang.

Hari ini Kak Ida melapor diri ke unit Pelan Berdigit.  Sebelum itu, Kak Ida masuk mengadap Timbalan Pengarah Ukur I dahulu sebelum melapor ke Ketua Unit PB.

Selepas melapor diri, Kak Ida diberi tunjuk ajar oleh Kak Ana bagaimana untuk menghasilkan pelan. 

Sebelum ini, Kak Ida ada pengalaman bekerja di bahagian pelan. Zaman dahulu kala sebelum berpindah ke unit eQC dan ke unit CPDG.

Apa yang membezakan sekarang adalah sistem yang digunakan.

Selain itu, ada beberapa perkara yang Kak Ana tekankan juga lebih-lebih perkara yang pelu diberi perhatian.


Tadaa...

Pelan pertama yang Kak Ida hasilkan pada hari pertama.  

Syukur alhamdulillah, terima kasih geng Pelan Berdigit yang memberi tunjuk ajar pada Kak Ida. Sangat-sangat Kak Ida hargainya. 

Monday, October 15, 2018

Keibubapaan | Memenuhi tuntutan emosi anak anak

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, Pertubuhan GIAT akan menganjurkan Parents Support Groups yang berkaitan masalah mental di kalangan kanak-kanak.

Penceramah adalah Dr. Nor Rahidah Binti Abd Rahim, Pakar Psikiatri Kanak- Kanak dan Remaja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Johor


Maklumat pendaftaran adalah seperti berikut:
https://goo.gl/forms/WWEULRa4vfYVZIcq2


Yok kita berkumpul ditaman syurga.


Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my