Saturday, October 6, 2018

Orchid Carnival and Sale at Sireh Park Iskandar Puteri

Selepas menikmati minum petang di Anjung, Mydin Mall Nusajaya, Kak Ida mengajak si dia ke Sireh Park.

Tengok google maps, ia cuma memakan masa selama tujuh minit dari situ. 

Alhamdulillah, si dia bersetuju. 


Pertama kali Kak Ida sampai ke sini sebenarnya. Hujan renyai menyambut ketibaan kami. 

Memang cantik sungguh pemandangan kawasan Sireh Park. Terus kami menuju ke Orchid Carnival and Sale yang berlangsung sehingga esok.

Tidak melepaskan peluang, kami menjenguk beberapa booth yang ada disitu. Disini ada menjual keratan kayu sebagai hiasan, pokok bunga orkid, tanah baja, pokok tiin dan lain-lain lagi.



Geram betul melihat bunga orkid yang berwarna putih ini. Harga yang ditawarkan juga mampu milik. Dua pokok sederhana besar dua pasu berharga RM 50.00



Deretan ros yang ada dijual disini.

Memang niat asal Kak Ida ke sini adalah untuk membeli anak pokok herba. Syukur, Kak Ida dapat menambah koleksi si dia dengan pokok tenggek burung, halia bara dan salom.

Untuk ketiga-tiga pokok ini berjumlah RM 45.00. 


Selamat tinggal Sireh Park @ Iskandar Puteri. Insya-Allah, kami akan datang lagi. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my