Saturday, October 27, 2018

Homeschool : Train to lambak

Train to lambak.

Yeay, ini hari yang ditunggu-tunggu. Bawa anak-anak merasai pengalaman menaiki keretapi dari Stesen Keretapi Kempas Baru ke Stesen Keretapi Kluang menuju ke Gunung Lambak.

Seawal pagi Kak Ida bangun untuk siapkan bekal potluck. Menu kebiasaan kami bila keluar berjalan jauh, ayam masak kicap. Hahaha. Menu kegemaran semua orang.

Kami juga merancang untuk keluar awal dari rumah untuk bersarapan di stesen keretapi Kempas Baru. Ada satu warung di situ, malangnya tutup pula. Adoi.


Terpaksa kami berpatah balik ke Arked berhampiran. kami bersarapan roti canai untuk mengalas perut.

Selepas bersarapan, kami sampai semula di Stesen Keretapi Kempas Baru jam 9.00 pagi. Ya, kita perlu berada setengah jam lebih awal waktu pelepasan ya kawan-kawan. 



Macam biasa, kami check-in dulu. Ada sembilan keluarga mengikut "rombongan" Train to Lambak. kali ini. Tiga keluarga menaiki keretapi dari Stesen Kempas Baru, empat keluarga di Stesen Keretapi Kulai dan bakinya menunggu kami di Gunung Lambak.




Ya, inilah koc kami. Lain sungguh keretapi sekarang. Ada cerita kelakar ketika membuka pintu keretapi. Tidak sangka ada "switch button" untuk masuk ke koc. 


Salah satu view menarik sepanjang perjalanan kami ke Kluang. Subhanallah. 

Kami sampai di Stesen Keretapi Kluang bila jam menginjak ke 11.30 pagi. Kami mengambil keputusan untuk menaiki grab sahaja ke Gunung Lambak. Tambang grab hanya RM 7.00 sahaja. 

Terasa seperti dalam pertandingan explorace bila satu demi satu keluarga sampai ke Gunung Lambak. Hahaha

Syukur alhamdulillah, Kak Ida dapat pemandu grab yang sangat-sangat baik. Rezeki anak-anak.

Sebelum itu, Kak Ida kongsikan tentang Gunung Lambak. Gunung Lambak ini merupakan sebuah gunung kecil yang terletak di Kluang Johor dengan ketinggian 510 meter dari aras laut. Gunung Lambak merupakan hutan Dipterokarp Bukit


Kami memulakan perjalanan ke Tapak Kawasan Berkelah diketuai oleh suami Jie, Encik Idzwan. Merasa Kak Ida naik jambatan gantung. Gayat juga rasa hati sebenarnya. Kemudian, meredah air. 


Sampai sahaja di tapak kawasan berkelah, anak-anak sudah nampak anak sungai. Aduhai, walaupun airnya sangat cetek dan kecil, terjumpa air merupakan satu rahmat besar buat mereka. 

... terus terjun!

Si dia dan para ayah sekalian pula mula memasang khemah dan mengemas barang-barang yang dibawa masuk ke dalam khemah. Monyet juga sudah mula datang menjengah kami untuk mengucapkan "selamat datang" kepada kami.

Pukul 12.00 tenghari, mereka mula bersiap-siap bagi memulakan aktiviti mendaki. 

Kak Ida membuat keputusan untuk tidak turut serta. Anak-anak sedang seronok bermain air. Kak Ida tinggal dengan satu keluarga lagi. 

Sambil berbual, kami menghalau monyet. Monyet pula sudah pandai untuk membuka zip khemah. Geram weh dibuatnya. Hihihi

 Monyet semakin banyak yang datang. Rezeki monyet bila mereka dapat merembat satu paket karipap dan roti.

Kemudian, Kak Ida mula membuka bekalan makanan dan suapkan semua anak-anak yang ada disungai. Cukup berselera sekali mereka menikmati makanan. Bertambah-tambah nasi.


Sambil menunggukan mereka pulang dari hiking, Kak Ida ambil kesempatan untuk merehatkan diri di dalam khemah.

Merenung langit dari dalam khemah, Kak Ida panjatkan kesyukuran. Walaupun ramalan cuaca mengatakan Kluang akan akan mengalami ribut petir dari pukul 11 pagi sehingga 7 malam, cuaca pada hari itu cukup-cukup selesa. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Allah rahmati kami. 



Alhamdulillah, mereka yang pergi mendaki, selamat turun. Bekal potluck dikumpul disatu tempat untuk dinikmati bersama. Seronok Kak Ida tengok suasana begitu. Cukup meriah.

Selepas makan, anak-anak menyambung mandi. Ayah dan ibu pula mengambil peluang berehat dan solat. Akhirnya, dalam jam 4.00 petang, kami membuat keputusan mula berkemas pulang. Cuaca sudah mula mendung. 


Bergambar kenangan sebelum balik. Yeay!


Sambil menunggu grab mengambil kami, anak-anak sempat mengemas sampah yang disitu. Good job kids. Sayangkan persekitaran untuk masa depan bersama.

Yok, kita berjumpa di Kluang Railway Coffee.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my