Hari ini Kak Ida menyantuni satu lagi Nature School di Hutan Bandar MBIP di Mutiara Rini. Alhamdulillah, pukul 9.30 pagi Kak Ida sudah sampai sambil menanti ibu-ibu lain sampai.
Tidak sah kalau tidak check in dulu. Hihihi Kami tidak bergosip, tetapi sibuk berkongsi aktiviti apa yang menarik selepas ini dan selepas ini... Hehehe
Sesi ice breaking. Ibu Atie membahagikan beberapa kumpulan seperti batu, daun hidup, daun kering dan ranting. Kemudian, ketua kumpulan perlu mencari "anak buahnya" dengan cara memperkenalkan diri dan bertanya barang apa yang ada ditangan.
Seterusnya, Ibu Atie terus mensadokan kami dengan membuat senaman brain gym. Aduhai, tergelak besar Kak Ida melihat gelagat sendiri yang terkial-kial menggosok perut dan membuat pusingan di kepala.
Lain yang disuruh, lain yang dibuatnya.
Aktiviti playgroup diteruskan dengan Sesi Reading Out Loud oleh Aisyah.
Kali ini Aisyah jadi ketua kumpulan. Bantu bacakan buku bersama adik-adik yang lain. Mak kagum nakkk... mak kagum!
Dalam buku The Sign Of Allah ini, berkongsi tentang sun, moon, rainbow, dan dan lain-lain lagi. Subhanallah. Besar sungguh kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.
Kak Ida tahu HIJAU. Tetapi tidak sangka warna hijau ada banyak jenis rupa-rupanya. Hahaha.
Nature school kali ini, Ibu Atie meminta anak-anak mencari daun yang mirip dengan ton warna hijau dalam gambar itu. Gigih mak. Cabarannya ibarat seperti mahu matchkan warna baju dengan tudung. Hihihi
Bila memandang sudut lain, Subhanallah daun pun Allah cipta dengan pelbagai jenis warna.
Aktiviti seterusnya membuat volcano. Paling yang ditunggu-tunggu dari malam tadi.
Ahaa, sebelum buat eksperimen, kita mulakan dulu dengan sesi bercerita dengan tajuk "The Happy Volcano by Insyirah"
Selepas selesai, si dia mencari tempat yang sesuai untuk membuat volcano.
Nampak ketidaksabaran muka masing-masing.
Si dia buatkan lubang dalam tanah untuk masukkan cawan plastik. Kemudian si dia tuang cuka buatan lebih kurang 3/4 ke dalam cawan plastik tadi.
... dan Aisyah masukkan soda bikarbonat ke dalam cawan yang berisi cuka.
Nah... berbuih. Teruja betul muka anak melihat hasilnya.
Itu dia, Dr Ammar sedang membuat eksperimennya sendiri. Hahaha
Ok, sebelum bersurai, kita bergambar kenangan dulu. Sungguh, ia memberi satu pengalaman baru untuk anak-anak.
Jumpa lagi disesi akan datang. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment