"Sekurang-kurangnya seorang individu di negeri Johor berisiko mengalami kebutaan setiap minggu yang berpunca daripada penyakit mata seperti retinopati diabetes (penyakit mata diabetes), glaukoma (gangguan mata disebabkan tekanan intaokular tinggi) dan katarak.
Selain itu, pengambilan sebarang ubat yang mengandungi steroid dan juga steroid yang terkandung dalam inhaler pesakit asma, genetik, kecederaan dan diabetes merupakan antara faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit mata seterusnya membawa kepada risiko buta."
Jangan lupa untuk pergi ke Sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2018 yang akan diadakan di Persada Johor pada 11 Oktober 2018.
Sayangi mata kita.
No comments:
Post a Comment