Walaupun keretapi kami akan berlepas jam 6.54 petang, kami membuat keputusan untuk berkumpul di Kluang Railway Coffee sahaja.
Allahu, hujan mula turun bila kami sampai disitu.
Orang agak ramai dan Kak Ida perlu menunggu beberapa minit untuk mendapatkan meja yang kosong.
Alhamdulillah, sampai juga hajat Kak Ida untuk duduk dan (read: minum). Bukan duduk dan jangan lari. Hihihi
Kami memilih menu pau butter kaya, telur setengah masak dan air teh tarik untuk diri sendiri. Si dia pula semestinya kopi.
Akhirnya, kami memesan empat pinggan pau butter kaya. Ammar cukup berselera menikmati pau ini.
Telur separuh masak. Mmm... menyelerakan!
Sempat kami bergambar kenangan disitu.
Tidak sah kalau tidak bergambar dengan banner Mommies United sebagai kenang-kenangan.
Terima kasih Kluang. Insya-Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi.
Train kami sudah sampai. Skudai, kami datang.
Terima kasih Jie atas pengalaman yang cukup awesome. Terima kasih juga kepada semua yang join program kali ini.
Ada rezeki, kita berjumpa lagi. Insya Allah.
Ada rezeki, kita berjumpa lagi. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment