Monday, October 29, 2018

Homeschool : Kids United Booth

Yeay, inilah hari yang dinanti-nantikan. Aisyah pun sudah membuat persediaan dengan membuat hiasan untuk booth.



Kali ini Kak Ida hanya membawa Aisyah dan Aina sahaja. Kami sampai di Adda Heights lebih kurang jam 4.00 petang. 

Syukur kami ditemukan dengan makcik yang menjual disitu juga. Beliau cukup teruja melihat anak-anak ini berniaga dengan turut menyokong membeli barang yang kami jual. 

Terima kasih makcik.



Aina sudah mulakan "aksi". Aisyah pula mengedarkan flyers dikawasan tempat letak kereta untuk menarik pelanggan supaya singgah ke Kids United Booth.

Kami menjual art craft, vitagen, pre loved toys, buah melon dan cupcake. 
Semua dengan harga RM 1.00.



Pelanggan pertama yang datang ke booth kami. Teruja betul melihat anak-anak berjaya menjual.


Kami juga turut sama membeli untuk menyokong anak-anak ini.



Orang semakin ramai melihat booth kami.


Terima kasih Kak Leen sudi datang dari Pasir Gudang menyokong Kids United Booth.


Terima kasih mama Noi. Datang menyokong walaupun "pitagen" habis. 

Aina pesan, "datang esok eh..." hihihi


Sold out. Terima kasih semua. Terima kasih.




Kami mak-mak bergambar kenangan. Walaupun tempoh singkat, tetapi boleh tahan penatnya. Hihihi

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my