Bersarapan roti kukus sahaja pagi ini.
Cadangan awal nak masak nasi lemak, tetapi mengenangkan stok "ibu sambal" kehabisan, membuatkan Kak Ida bertukar menu yang cukup ringkas.
Menu kegemaran sepanjang masa.
Roti putih ini disapu dengan butter dan kaya. Potong dua dan kukus selama beberapa saat.
Tidak perlu mengukus lama sebab roti akan hancur pula.
Mudah disediakan, sedap dan paling pasti, anak-anak pun suka.
Cubalah! :)
No comments:
Post a Comment