Saturday, October 13, 2018

Pengalaman membeli tiket keretapi

Alhamdulillah, our next programee homeschool adalah trip ke Kluang menaiki keretapi.

Pertama kali membeli tiket di kaunter. Hahaha Agak janggal juga sebenarnya. Walaupun pernah menaiki keretapi sebelum ini, semua pembelian tiket diurus oleh orang lain. Oh ya, tiket boleh juga dibeli secara online, cuma Kak Ida hendak merasai sendiri pengalaman membeli tiket di kaunter.

Harga tiket ke Kluang untuk dewasa RM 13.00 manakala untuk kanak-kanak RM 11.00.


Sebelum itu. kita kena pastikan memaklumkan tarikh terlebih dahulu untuk menyemak baki seats yang ada.

Untuk trip kali ini, Kak Ida minta special request satu koc yang sama. Pergi dalam berkumpulan, mesti bersama-sama kan? Lebih mudah berurusan.

Siap-siap wang tunai ya. Urusniaga adalah TUNAI. Tiada seret-seret kad bagai.

Kemudian, semaklah sama ada maklumat yang tertera dalam tiket adalah betul lagi benar.

Ok, itu aje kali ini. Kita sambung sambung next entry. Tata

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my