Monday, July 9, 2018

SisterBF beraya lagi

Malam ini Kak Ida menyantuni jemputan dari #SisterBF, Puan Linda Nasir. Bukan dirancang sebenarnya. Jemput menjemput, ajak mengajak... eh terus menjadi!

Kak Ida sampai ke rumah mama Linda lebih kurang jam 9.00 malam. Biasalah, alang-alang keluar, Kak Ida akan singgah untuk COD barang dagangan.

Jenguk ke ruang makan, alhamdulillah. keluarga Kak Wana dan mama Effa sudah sampai. Peluk cium dulu. Rasanya hampir dua tiga bulan juga tidak berjumpa dengan Kak Wana.

Menu utama yang dihidangkan oleh tuan rumah adalah mee rebus. Memang wow. 



Pengat buah salak. Menu of the day. Sambil mengunyah tertanya-tanya macam pengat ini dicampur keledek ke, ubi ke... Hahaha

Memang kelakar!


Mee goreng.


Kuih koci inti durian. Kuih koci air tangan mama Linda boleh dinikmati di Restoran Ateh Corner, Taman Universiti.

Signature menu disitu.

Insya Allah, tidak perlu berjumpa Syawal 1441H. Hihihi

Ampun mama Linda, gurau ya. 



Tadaaa... tak kedekut santan okkay. Rasa? Maarvveellloouuussss.... Rasa sendiri kenikmatan kuih koci durian air tangan mama Linda.


Haaa... teh tarik ini memang dibawakan khas dari Ateh Corner. Memang setiap tahun air ini akan dihidangkan kepada tetamu.





Dengan mama Noorul. Ya Tuhan, bukan mudah hendak mengedate dengan minah yang seorang ini. Sibuk memanjang... 

Takpe, takpe, kami faham... 

Ayam Palembang satu please!



Ok, semestinya ini acara wajib sebelum bersurai. Selfie! Hahaha

Alhamdulillah, walaupun sempat berjumpa dalam masa yang singkat, yang penting ukhuwah yang terjalin itu dieratkan.

Insya Allah, kita jumpa semula di rumah Mama Noorul 

#SisterBF forever!

1 comment:

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my