Hari ini Kak Ida perlu melepasi syarat seterusnya sebelum ditauliahkan Ahli AKRAB. Kali ini kursus AKRAB Tahap2 di adakan di Paya Indah Wetland.
Puas mengoogle apa yang menarik disini. Hahaha. Takpe-takpe, nanti Kak Ida kongsikan ya. Baca sampai habis!
Seawal pagi sebelum Subuh dari rumah mama, Kak Ida sudah bergerak PIW. Risau jalan sesak di MRR2 sebenarnya kerana kelas akan bermula seawal jam 9.00 pagi.
Sebelum kursus bermula, Kak Ida "lepak" dulu di Belibis Cafe di PIW untuk bersarapan. Satu-satunya cafe yang ada di PIW. Jadi, tidak perlu tercari-cari cafe mana lagi yang ada. Sedap weh nasi lemak daun pisang. Panas-panas dihidangkan disitu.
Psst, orang pertama sampai katakan. Ibarat membantu membuka pintu PIW. Hahaha
Bersama Zul dari JUPEM Selangor turut menemani Kak Ida bersarapan.
Orang pertama yang mendaftarkan diri di kursus AKRAB Tahap II.
Kakak manis, Kak Fairuz dari JAS. Allahu, rindu sungguh dengan kakak manis yang seorang ini.
Sini, burung meraknya jinak-jinak belaka. Sahut-menyahut menyambut kedatangan kami di PIW.
Apa lagi, selfie sekeping. Orang jauh katakan. Hihihi
Bismillah...
Ok, dengan OD Hamzah. Bekas bos Kak Ida di JUPEM Johor. Sekarang beliau di JUPEM HQ bahagian Kartografi.
Paling mengujakan Kak Ida adalah chalet yang terdapat di Paya Indah Wetland. Cantik bak hangg... Chalet ini berasaskan hiasan kayu 100%. Memang mengagumkan.
Ada jakuzi disediakan.
Cuma, chalet ini agak sunyi pada waktu malam. Tetapi jangan tak percaya, kami dapat tidur lena malam itu disitu. Mungkin kepenatan. Huhuhu
Malam itu, kami makan di restoran tomyam berhampiran PIW. Memang sedap menunya.
Bersama Kak Azrina dari JUPEM Sarawak. Nice meeting you akak manis!
Ok, sambung hari kedua.
No comments:
Post a Comment