Kami meneruskan perjalanan me time kami. Sebenarnya, kami ke sini tidak dirancang. Kami merancang ke Muzium Tekstil. Hahaha... Tetapi ketika perjalanan ke sana, Intan menunjukkan bangunan terletaknya Muzium Telekom. Eh?
Setelah berpusing-pusing beberapa kali untuk ke Muzium Tekstil (rupa-rupanya, jalan ke muzium ditutup), kami fed-up dan terus membuat keputusan untuk ke Muzium Telekom.
Berhenti di tepi jalan, buka google dan search tentang Muzium Telekom untuk memastikan adakah muzium ini dibuka pada hari Ahad. Harga tiket pun tidak mahal. Untuk dewasa cuma berharga RM 6.00 per entry.
Apa menarik di Muzium Telekom?
Bangunan neo-klasik Yunani dua tingkat ini hampir dirobohkan untuk memberi laluan kepada bangunan moden pada tahun 1985 sebelum Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohammed mengarahkan agar ianya dipulihara dan ditukar menjadi muzium telekomunikasi interaktif pertama di negara ini.
Muzium ini mempunyai 6 galeri pameran. Salah satu bahagian mempamerkan Era Keajaiban Wire dimana mesin Kod Morse digunakan untuk menghantar maklumat manakala bahagian yang lain memaparkan mesin-mesin telekomunikasi yang digunakan semasa peperangan.
No comments:
Post a Comment