Wednesday, July 25, 2018

Putrajaya | Pak Yeop Laksa Utara

Tekak teringin menikmati laksa penang sebenarnya. (Disclaimer: Kak Ida tidak mengandung!). 

Berborak dengan urusetia kursus AKRAB, beliau mencadangkan ke Pak Yeop Laksa Utara, Putrajaya. Glamer weh laksa ini rupa-rupanya terutama di kalangan orang Putrajaya.

Geng-geng basikal pun selalunya akan melepak ke sini.

Google dah nah... terpampang semua maklumat. Rupa-rupanya, Pak Yeop Laksa Utara ini berdekatan betul dengan bangunan Kementerian Asas Tani. Adududu, kalau tahu hari itu, ketika Kak Ida kursus AKRAB di KBS, pasti Kak Ida singgah ke sini.

... yang berlalu biarlah berlalu. Hahaha...

Jika tidak salah Kak Ida, Pak Yeop Laksa Utara ini terletak di tepi jalan Presint 3, Putrajaya. Memang senang dicari. 


Selain laksa, ada juga menu western seperti spaghetti, hotdog dan lain-lain lagi. Layanan staf pun memuaskan. Tempat pun bersih. 


Komen Kak Ida? Perghh... antara laksa terbaik yang Kak Ida pernah rasa selain Laksa Pokok Asam di Kuala Kangsar. Insya-Allah, antara tempat "must to go" jika Kak Ida ke Putrajaya. 


Nampak tu? Licin bakk hanggg... 

Ok, Kak Ida nak ke Ayer@8 Putrajaya selepas ini. Mahu menyantuni sahabat lama Kak Azrina yang bekerja di JUPEM HQ sekarang. Jumpa lagi di next entry. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my