Kak Ida tidak pernah sampai ke sini sebenarnya walaupun sudah bertahun-tahun kerja di bandar. Cuma pernah dengar nama. Tetapi tidak pernah berkesempatan untuk pergi.
Ya, kami tidak merancang untuk ke sini. Perut masing-masing tidak terasa lapar, tetapi mahu habiskan masa bersama si dia yang ingin berkongsi cerita dan berbual.
Memanfaatkan masa yang ada.
Kami membuat keputusan untuk lepak di kopitiam sahaja.
Kus semangat. Penuh manusia. Semua bangsa ada makan disitu.
Syukur, ada uncle ini sudi berkongsi meja dengan kami berdua.
Memang cukup ramah dan kami bertiga seronok berbual dari topik ke topik. Politik, keluarga, pengalaman, dan lain-lain walaupun dalam tempoh yang singkat.
Satu kenangan dan pengalaman tercipta.
Satu terapi Kak Ida apabila dapat berjumpa dengan orang baru setiap hari.
Mereka akan bercerita tentang pengalaman hidup.
Satu frasa perkataan yang Kak Ida belajar dengan uncle ini ialah "wayang gambar".
Thanks uncle. Till met you again.
No comments:
Post a Comment