Tuesday, September 28, 2021

Happy birthday dear me. Part III

Sambil menikmati minum petang bersama Kak Haya, Kak Ida dikejutkan dengan salam seseorang di luar.

"Happy birthday to you Kanda!"

Allahu, Yusss!

Penuh tangan Kak Ida menyambut bouquet, kek dan belon. Hadiah dari si dia,

Masya Allah.


Terima kasih abang. Sob! sob!

Happy birthday dear me. Part II

Selepas menikmati makan tengahari, Kak Ida mengambil kesempatan untuk menyiapkan beberapa kerja WFH.

"Ida, cepat siap." arah si dia.

"Eh, nak kemana?" tanya Kak Ida lurus.

"Siap ajelah..." gesa si dia bila melihat Kak Ida seperti terpinga-pinga.

Ding dong!

"Eh, Kak Haya."

Ambikkk... kelam-kabut Kak Ida mencapai tudung. Hahaha. Degil sangat kan?
.

"Ala, nak ambil gambar kat luar. Boleh bang?"

Si dia dengan suka hati melayan permintaan si isteri. Birthday girl katakan. Hihihi



Kena pula tema baju Kak Haya. Kiranya sudah menjadi port rasmi untuk ambil gambar.

Kemudian, Kak Ida ambil kesempatan untuk mengajak Kak Haya minum petang bersama-sama. Kami menikmati sandwich dan English Breakfast tea.

Alhamdulillah, terima kasih #SisterBF atas tanda ingatan ini.

Rasa diri ini disayangi.








Happy Birthday Dear Me Part I

Happy birthday dear me.

Alhamdulillah, semalam genap usia Kak Ida yang ke-40 tahun. Tiada apa lagi yang Kak Ida inginkan kecuali kesihatan yang baik, dikelilingi keluarga, rakan-rakan yang baik dan juga menambah baik amalan.

Menjadi manusia yang lebih baik.

Seawal pagi Kak Ida bangun menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt. Terima kasih kerana memanjangkan usia ini.

Kak Ida dikejutkan dengan video ucapan "Selamat Hari Jadi" dari adik-adik Joho Camping. Terharu sangat-sangat.

Terima kasih Iqa atas cicipan ini.

"Hari ini abang jaga Ida." Tergelak Kak Ida bila mendengarnya. Ini mesti ada komplot. Cuma tidak pasti dengan siapa.


Kak Ida sedang di bilik belajar Aisyah ketika mereka sampai.

Sedar-sedar, mereka sudah berada di bilik. Terkejut sangat! Ya Allah, bertuah betul.

Mujur... mujur... mujur... tiada berlakunya high pitching.

Terjerit kecil Kak Ida bila lihat mereka ada. Allahu, terima kasih sudi raikan hari istimewa Kak Ida.




Bergambar kenangan di taman mini. Hahaha...

Pertama kali Linda jejakkan kaki ke rumah Kak Ida. Sampai juga dia. Alhamdulillah.


Bergambar kenangan sebelum mereka ke pejabat semula. Haishh.. terharu betul.

Terima kasih #GengBFF. Kak Ida abadikan kenangan di blog ini.

Happy Sweet 40!


Quote #73

Assalammualaikum sahabat blogger,

"Enjoy every moment."

Monday, September 27, 2021

Saturday, September 25, 2021

Friday, September 24, 2021

Quote #69

Assalammualaikum sahabat blogger,

"The rose of the old year wither away
as the new bud begins to bloom."

Thursday, September 23, 2021

Quote #68

Assalammualaikum sahabat blogger,

"I hope you can be happy every day and always be happy."

Wednesday, September 22, 2021

Tuesday, September 21, 2021

Quote #66

Assalammualaikum sahabat blogger,

"Till your life with adventures, not things.
Have stories to tell, not stuff to show."

Monday, September 20, 2021

Festival Mid-Autumn

Malam semalam, bulan cukup terang menerangki Kak Ida dan anak-anak dalam menghabiskan larian.

Si dia ambil kesempatan untuk melihat bulan. Subhanallah, memang cantik betul. Pada waktu ini, kita digalakkan untuk berpuasa putih selama tiga hari. Craving pada waktu ini sangatlah mencabar. Huhuhu.



Ini hasil cerapan bulan oleh si dia.

Kebetulan, semalam adalah tarikh Festival Mid Autum atau pesta tanglung. Patutlah, Kak Ida lihat anak-anak jiran bergambar sakan.

Tidak mahu lepaskan peluang untuk homeschooling, Kak Ida ajak anak untuk lihat budaya ini. Rezeki Kak Ida dapat jiran yang baik, pakej menghadiakan anak-anak tanglung untuk dibawa balik. 




Ini paling best, Adilah tiada tanglung. Autie sebelah berikan tanglung berbentuk panda pada Adilah. Allahu, rezeki betul dikurniakan jiran yang baik.


Kak Ida akhiri dengan program World Clean Up anjuran GIAT. Nah, semakin berseri taman mini si dia bila anak-anak menggantung tanglung disitu.


Terima kasih jiran yang baik atas peluang ini.

 

Quote #65

Assalammualaikum sahabat blogger,

"A society grows when old men plant trees whose shade they
know they shall never sit in. Let love flow into the ocean, let true love fly.
Because of love, tomorrow will be better."

Sunday, September 19, 2021

Catatan kehidupan | 9/10

"Ibu, Aina dapat 9/10. Boleh tak?"

Ibu memberi pandangan yang tajam untuk si anak. (sengaja jenggilkan mata). Terus Aina menundukkan kepala.


"Aina dah buat tadi 6/10, lepas tu 7/10. Ni dapat 9/10. Bolehlah ibu? Aina dah kira banyak kali." terang si anak.

Ibu capai handphone, lihat apa kesilapan anak. Ooo, rupa-rupanya Aina tertekan nombor 6, sepatutnya nombor 5.

"Boleh Aina. At least Aina dan cuba. Meh, ibu nak screenshot markah nak bagi pada cikgu."

... dengan anak yang seorang ini, ibu banyak belajar perkara baru setiap hari. Kadang-kala seorang ibu terlalu mengharapkan semuanya sempurna dari anak, sedangkan anak itu sudah buat yang terbaik.

Tiga kali Aina sudah mencuba membuat latihannya sendiri tanpa disuruh dan dibantu oleh ibu atau ayah. Jadi, "pejam" matalah dengan kesilapan kecil itu.

Ya betul, Kak Ida ada pilihan untuk Aina membuat untuk kali keempat untuk perfect score 10/10, tetapi dalam masa yang sama Kak Ida hendak mendidik Aina, kita kena terima dan belajar dengan kesilapan yang kita telah buat.

"Ok, ibu dah hantar pada cikgu."

Tersenyum-senyum Aina bila mendengar jawapan balas dari ibu.

Ya Aina, ibu pun tidak sempurna.

Quote #64

Assalammualaikum sahabat blogger,

"Every flower is a soul,
blossoming in nature."

Saturday, September 18, 2021

Catatan Kehidupan | 18 September 2021

Hari ini di Econinja.my, ada tiga kuiz yang perlu dijawab.

1. Hari Pemantauan Air Dunia.
2. Hari Panda Merah Antarabangsa.
3. Hari Pembersihan Sedunia.

e-kuiz ini akan diberikan kepada 500 peserta terawal sahaja.

Ini bermaksud, ia akan memakan masa lebih kurang 7 minit untuk memenuhkan kuota ini.

Memang agak mencabar kerana pasti ramai yang menyertainya.


Selesai sahaja program Econinja, Kak Ida turun ke bawah pada jam 1.30 tengahari untuk masak. Menu seringkas yang boleh. Ikan kembung goreng dan juga kangkung belacan. Syukur dengan rezeki ini.


Hari ini, Kak Ida agak sibuk dengan kuiz Dinamika yang akan berlangsung malam ini. Doakan Kak Ida ya.

World Clean-up Day Bersama GIAT

Sertai World Clean-up Day Bersama GIAT
18- 20 Sept 2021


Jom, luangkan sedikit masa untuk bersama ahli keluarga dan menjalankan aktiviti
kebersihan antara tempoh 18-20 September 2021.

LANGKAH 1
Pilih salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga.

Antara aktiviti yang dicadangkan:
1. Membersihkan halaman rumah.
2. Membersihkan kawasan perumahan.
3. Membersihkan sampah yang di longkang atau parit.
4. Mengasing dan menghantar barang kitar semula ke tempat pengumpulan atau tong kitar semula.

LANGKAH 2
1. Ambil gambar sebelum aktiviti dan gambar selepas aktiviti.
2. Muat naik di fb page GIAT atau whatsapp Ahli GIAT.
3. Letak hashtag #GIATCleanUp2021 #MMtrashbuster21

Sijil penyertaan akan diberi kepada peserta yang memuatnaik gambar yang menepati syarat .


Marilah kita menyumbang sedikit tenaga untuk menjadikan bumi kita lebih bersih dan selamat.

#GIATJB

Quote #63

Assalammualaikum sahabat blogger,

"Laughter is timeless,
Imaginations have no age
and dreams are forever."

Friday, September 17, 2021

Hasil "tangkapan pertama"

 Hasil "tangkapan pertama" dengan menggunakan steotoskop yang si dia beli dari China. Si dia ingin memupuk minat anak dalam bidang astronomi. Insya-Allah.


Nah hasilnya, Subhanallah. Cantik sangat.

Yeay, hadiah Snap And Win dari Izz Decor Curtains

Alhamdulillah,

Hadiah Saguhati untuk pertandingan Snap And Win dari Izz_Decor Curtains selamat sampai ke tangan.

Sebagai kenangan, ini adalah posting Kak Ida berkaitan pertandingan ini.

"
Saya perlu memenangi hadiah kerana langsir hasil dari IzzDecor Curtains yang "cantik macam hotel" adalah satu impian yang pasti dimiliki bagi semua rumah.

Baucar utama yang bernilai RM 1600 yang dimenangi, sedikit sebanyak boleh memenuhi impian kami sekeluarga untuk mendapat langsir yang cantik "terletak" apabila siap digantung nanti bagi menyambut tetamu datang beraya.

Hadiah ini juga sempena sedekad kami duduk di rumah pertama kami ini jika terpilih sebagai pemenang.

"

Kak Ida berjaya mengumpul sebanyak 230 likes. Cukup membanggakan bagi pertama kali menyertai pertandingan seperti ini.

Hadiah berupa "Hand Mixer" ini sesuai sangat untuk keluarga kecil Kak Ida. Maklumlah, si dia selalu buat waffle untuk sarapan pagi atau minum petang.

Terima kasih Izzah, walaupun Kak Ida tidak memenangi hadiah utama, ini pun sudah banyak Kak Ida belajar. 


 

Quote #62

Assalammualaikum sahabat blogger,

"If you ever think 
That someone should do something about that,
Then you are that someone."

Thursday, September 16, 2021

Johor Virtual Cuboree 2021

Salam pengakap.

Alhamdulillah, Aina berpeluang untuk join program Johor Virtual Cuboree 2021 yang telah berlangsung pada 16-18 September 2021 yang lalu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung bagi melayakkan untuk mendapat lencana program.


Antara aktiviti yang perlu dibuat oleh Aina adalah:-

1. Ucapan dan Pelancaran.


Aina perlu menjawab beberapa soalan berbentuk kuiz setelah menonton video Youtube yang disediakan.

2. Mowgli Adventure.

3. Topeng Cerita Hutan.

Aina perlu menyediakan satu topeng dan memakainya.


4. Permainan tradisional 

5. Webinar PPM. Khas

Keesokkan harinya, Aina perlu melakukan aktiviti iaitu:

6. Projek Sains yang ringkas.


7. Bersama JARO

8. Kraftangan dan lipatan.

9. Dekorasi bunga

10. Montaj Virtual Fitness Challenge.

... dan hari terakhir, Aina perlu menyiapkan aktiviti

11. Doodle Kad

12. Alat muzik terpakai


13. Ikhtiar Hidup



14. Pertolongan cemas.


dan akhir sekali, Penutupan Johor Virtual Cuboree 2021.

Semoga Aina berjaya mendapat lencana ini. Insya Allah.

Catatan Kehidupan | 16 September 2021

"Ibu... ibu, tolong tekan ibu". Panggil Aisyah.


"Tekan apa Aisyah?"

"Tekan wish."

Mak aiii... wish apa abang?

"Pergilah support anak" tegur si dia bila nampak muka "malas" Kak Ida.

"Mmm... iyelah... iyelah..." Teruja si Aisyah bila tengok ibu sudah bangun dan berjalan masuk ke bilik gamers.

"Ibu tekan "confirm". Tekan kat situ." kata Aisyah

"Bismilahhh..."

"Yeayyy, ibu dapat lima star pertama" Aisyah menjerit dari belakang.


"Eh?" ibu pun sama menjerit padahal tak faham langsung.

Yang ibu tahu, ibu dapat banyak bintang.

Rasa?

"Ayah, ayah, ibu dapat lima star..."

"Ok sangat tu Aisyah, lepas ini ibu sponsor game Aisyah pula."

Mmmm...

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my