Friday, September 10, 2021

Pertandingan Cipta Pantun 4 Kerat Sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-64

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan

Pertandingan Cipta Pantun 4 Kerat Sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-64

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Penerbit UiTM buat julung kalinya akan menganjurkan Pertandingan Cipta Pantun 4 Kerat bersempena dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-64 bertemakan Malaysia Prihatin bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan Malaysia oleh warganegara Malaysia umumnya, warga UiTM (staf dan pelajar) khususnya.

3. Sehubungan itu, Penerbit UiTM ingin menjemput warga UiTM untuk menyertai pertandingan ini yang akan diadakan bermula 1 September 2021 hingga 10 September 2021 (sebelum jam 12.00 tengah malam). Program ini dijalankan secara dalam talian di mana peserta perlu menghantar seberapa banyak penyertaan, namun hanya satu penyertaan yang layak dinobatkan sebagai pemenang bagi hadiah wang tunai yang ditawarkan.

4. Selain itu, video pemenang akan dipancarkan melalui Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah pada 20 September 2021. Maklumat pemenang akan disiarkan dalam laman web Penerbit UiTM, Facebook Penerbit UiTM dan koleksi pantun terpilih akan dimuatkan dalam e-book Koleksi Pantun Merdeka: Malaysia Prihatin.

5. Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR atau klik pautan ini https://bit.ly/3jqxFTr
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Diana Semaon (Pegawai Penerbitan Kanan) di talian 012-3998840.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Professor/Dr/Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my