Thursday, September 2, 2021

Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera Kontijen sempena eSPORT PESUMA JUPEM kali ke-33

Nah, pagi ini Kak Ida perlu mengacarakan Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera Kontijen sempena eSPORT PESUMA JUPEM kali ke-33.

Ini kali pertama PESUMA membuat sukan virtual. Antara acara yang dipertandingkan adalah virtual run, PUBG Mobile Online, FIFA 2021 dan Mobile Legend.

Semestinya Kak Ida join Virtual Run, single 5km mewakili JUPEM Johor.


Muka sembap. Sudah dua malam berturut-turut tidur jam 3 pagi. Nasib ambil gambar dari jarak jauh. Kalau tidak, memang nampak muka owl. Hahaha


Bersama teammates!


Majlis ini turut dihadiri oleh YDP, Sr Mohd Latif bin Zainal dan Timbalan YDP I, Sr Powzy bin Md Som merangkap sebagai ketua kontinjen eSPORT PESUMA kali ke-33.

Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar. Arahan kurang dari 24 jam dapat disempurnakan dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my