Monday, August 30, 2021

Poskad pertama untuk Aisyah

Terima kasih cikgu Kelab Filateli SK Taman Mutiara Rini atas kiriman poskad sempena Hari Kebangsaan untuk Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul .

Alhamdulillah.



Happy Birthday Adilah

Alhamdullillah,
Suprise ibu dan ayah menjadi untuk birthday girl.

... dengan si dia dan Kak Ida sekali terkejut.

"Besar sangat ke pool yang Ida booking?"

"Haah, besar. Tapi taklah besar sangat. Kenapa?"

"Bas yang hantar ni..."

"Bas?"

Bergegas Kak Ida turun ke bawah.


Kelu lidah Kak Ida bila lihat bas di depan rumah. Eh, rasa tengok kat gambar taklah besar sangat. Ke sebab effect gambar?

Menggelabah puyuh si dia menyusun semua pasu pokok. Pesanan Kak Ida pada si dia tadi hanya alihkan kereta aje.

Nah, memang penuh porch. Ngam-ngam.


Ibu "kurung" dahulu anak-anak di dalam bilik sehingga semuanya siap dipasang. Kang, lain pula nanti jadinya.

Sebenarnya, Kak Ida tersilap pilih. Mati-mati Kak Ida ingat booking tema unicorn. Bila siap pasang, eh? Kenapa lain pula.

Mujur si dia pujuk, it's ok. Insya-Allah, anak-anak tetap enjoy dengan tema "Baby Shark".

"Ok, dah siap. Jom!" si dia memanggil anak-anaknya turun ke bawah.

Yeayyy... masing-masing menjerit kegembiraan. Seronok sungguh haih.









Kepuasan hati seorang ibu melihat kegembiraan anak.

Happy birthday Adilah. Enjoy your special day.

Quote #44

Assalammualaikum blogger,

"It is not the mountain we conquer,
but ourselves."

Sunday, August 29, 2021

Seni Anyaman Corak Kelarai | Bunga Tanjung

Membantu Aina dalam menyiapkan cabaran anyaman untuk 

Zaman kerja rumah Kak Ida dahulu, anyaman setakat "selang-seli" sahaja kertasnya.

Anyaman boleh didefinisikan sebagai proses menjalin helaian daun mengkuang, pandan, buluh, rotan, bertam atau bemban. Seni kraftangan anyaman ini terkenal di negeri Terengganu, Kedah, Perak dan Melaka.

Terdapat pelbagai jenis anyaman iaitu:
- Anyaman Kelarai
- Anyaman Biasa
- Anyaman Sulaman

Selalunya, Kak Ida menganyam dengan teknik "anyaman biasa". Nak nampak cantik (read: taknak kompius), gunalah dua helai kertas warna yang berbeza. Itupun kadang-kala tersilap juga. Kah!

Sekarang anyaman, pakej kena kira berapa "bilah" sebelum kertas dimasukkan. Ini bagi menimbulkan motif corak anyaman sama ada tumbuhan, nama manusia, haiwan atau abstrak.

Corak ini ialah Kelarai Bunga Tanjung.



Letak nombor disetiap baris. Takut tersilap memasukkan kertas dalam baris.


Taaadddaaaa... inilah hasil anyaman yang dibuat. What say you?

Terima kasih Tuan Norazlan Ahmad atas perkongsian corak kelarai di blog Artgeng. Mohon dihalalkan ilmunya

Koleksi bracelet Ultra V Run

Antara banyak virtual run yang Kak Ida join,

Inilah salah satu kegemaran Kak Ida. Koleksi "bracelet" dari Ultra V Runner . Setakat ini, sudah ada tiga koleksi di tangan. 

Kali pertama, bracelet Cuti-cuti Run pada tahun 2020 dan kemudian Magic Unicorn Run pada Januari 2021. 

Ini yang ketiga iaitu I-Care Run (Jun 2021)


Tahniah Ultra V Run. Mereka telah berjaya mengumpul sumbangan beg makanan untuk kucing dan anjing terbiar sejumlah 6,080 kg! Well done!

Permohonan Kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 bagi tahun 2022

Seawal pagi, guru kelas sekolah Aisyah telah berkongsi di group Whatsapp tentang permohonan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 bagi tahun 2022.

Terus ingatkan si dia kerana link ini akan dibuka jam 10.00 pagi. Jadi, persiapan terutama maklumat dan sijil-sijil Aisyah (jika berkaitan) perlu disediakan. Tidak mahu ada kesilapan dalam mengisi data yang mengakibatkan permohonan ditolak.


Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2022 kini telah dibuka!

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 29 Ogos 2021 hingga 5 November 2021.

Sila klik pautan permohonan >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

NOTA: Pautan permohonan mula dibuka jam 10.00 pagi.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM, serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), sila klik pautan https://anyflip.com/vfdpd/wxnf/

Quote #43

Assalammualaikum blogger,

"The purpose of art is washing the dust of daily life off our souls."

Saturday, August 28, 2021

Poster Digital Merdeka

Semarakkan sambutan Hari Kebangsaan kali ke-64 dengan menyertai pertandingan POSTER DIGITAL MERDEKA anjuran PPKI SK (P) Bandar Tinggi.


Terbuka kepada semua murid pra Integrasi, murid-murid Kelas Amanah, Bijak, Cerdik, Dedikasi & Etika.

Apa yang perlu anda lakukan?

Hasilkan Poster Digital menggunakan aplikasi edit gambar yang ada dalam telefon pintar anda seperti aplikasi Incollage, Merge photos, photo grid atau apa-apa aplikasi yang bersesuaian.

Apa yang perlu ada dalam poster yang dihasilkan?

1. Logo Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-64 (Malaysia Prihatin) (wajib)

3. Jalur Gemilang (wajib)

2. Gambar anda berpakaian tradisional (wajib)

3. Kata-kata hikmah, ucapan, atau pantun berkaitan kemerdekaan (wajib)

4. Lain-lain elemen kemerdekaan atau yang melambangkan Malaysia mengikut kreativiti anda (contoh - bunga raya, KLCC dll)

Quote #42

Assalammualaikum blogger,

Live your life and enjoy it.
What the real key to beauty."

Cabaran survival e-tube

Program Kokurikulum Dalam Talian


Cabaran survival e-tube (tranformasi unit beruniform) Sekolah-sekolah Rendah Negeri Johor

Penyertaan
Terbuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Rendah Negeri Johor

Perjalanan Program
1. Pelaksanaan dari 2 Ogos hingga 30 Ogos 2021. 

Sijil dan Hadiah
Sijil Penyertaan
Sijil Pencapaian
Hadiah Pemenang

PERINCIAN PROGRAM


Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
1. En Basri Efendi Bin Masri, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid JPNJ: 012-7410257; atau
2. En Mohammad Rahimi Bin Rosli SK Permas Jaya 1, penyelaras program 016-8831147

Friday, August 27, 2021

Catatan Kehidupan

Fuh,

Kali ini memang nekad "go to extra mild."

Gara-gara larian Sepadu adalah 10K steps, (walaupun boleh membuat larian terkumpul), Kak Ida nak cuba juga habiskan malam ini juga.

Bukan apa, kalau tertangguh, mesti tertangguh juga. Sedangkan, ada lagi lima virtual run nak submit sehingga hujung bulan ini.

Iyelah, kita dengan anak-anak, memang masa boleh drag (ada aku kisah?) Hihi. Pace memang lagi hancur. Takpelah. Enjoy the process.


Sejujurnya, separuh nyawa. Dalam masa yang sama, Kak Ida sangat berpuas hati. Syukur dapat lunaskan "hutang" virtual run yang anak-anak yang mereka daftar masuk.


Itu dia, 10,138 steps. Fuh. Kak Ida pun tak sangka boleh achieve. Selalunya 5K steps aje. Warm up pun bukan kalau 5K tu kan? Kah!

Semenjak PKP, kita duduk rumah. Memang nak dapat 5K pun payah. Ke depan, ke belakang. Kemudian ke bilik, bergegas ke dapur. Aduhai...

Ya, nak capai itu, memujuk-mujuk hati untuk "go to extra mild." You can do it Ida. You can!"

Esok, kita bersambung untuk pengakap pula. Kena ambil gambar. Bab inilah yang selalu lupa. Huhuhu

Nak kata fokus sangat tu tidaklah, cuma risau keselamatan anak-anak di jalan raya. Mata itu terpaksa "bekerja lebih masa."

Syukur, anak-anak pun sudah tidur lena dibuai mimpi indah.

Good night!


Quote #41

Assalammualaikum blogger,

"The age of a player doesn't matter.
When you play a violin piece,
you are a storyteller, and you're telling a story."
 

Thursday, August 26, 2021

Quote #40

Assalammualaikum sahabat blogger,

"To my dear friend,
Once we choose hope,
Anything is possible."

Selamat jalan sahabat...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Syukur dipermudahkan oleh Allah swt untuk Kak Ida menghadirkan diri ke Majlis Tahlil bagi Allahyarhamah Azie Fauzieeyah yang pergi ke negeri abadi pada 7.20 petang, Rabu (25 Ogos 2021).

Syukur, Allah s.w.t permudahkan urusan pengebumian Allahyarhamah. Jenazah disembahyangkan di Masjid Taman Sri Skudai dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kangkar Pulai jam 10.00 pagi tadi.



Allahyarhamah merupakan #CancerFighter. Tewas kerana sel kanser telah merebak di paru-paru dan hati.


Kami telah bersahabat dari sekolah rendah sehingga sekarang. Tahun ini genap 30 tahun tempoh persahabatan kami. #NoDescribeHowIFeel


‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف
“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah RahmatMu ke atasnya, Sejahtera dan maafkanlah dia."


Kak Ida juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Redzal kerana sudi memimpin majlis tahlil tadi.

"Kematian sedang mengepung kita."

Tenanglah sahabat. Tunggu kami ya. Kami semua akan menyusul satu hari nanti.

Al Fatihah untuk Fauzieeyah Abd. Jalil.


Wednesday, August 25, 2021

Back on track Virtual Run

Back on track Virtual Run

TERBUKA KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA


Tarikh Pendaftaran : 25 - 30 Ogos 2021
Tempoh Larian :28 - 31 Ogos 2021
 Yuran Penyertaan: PERCUMA
 Lokasi : Bebas
Jarak Larian : 7 km
Peserta akan mendapat e-Sijil dengan mengikut terma dan syarat penyertaan.

Link Pendafataran & Syarat Penyertaan :

Anda boleh merekodkan larian anda dengan menggunakan mana mana-mana aplikasi seperti Jom Run
Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

Quote #39

Assalammualaikum sahabat blogger,

"Kind words are like honey, sweet to the soul, and healthy for the body."

Tuesday, August 24, 2021

Projek PdPr | Layang-layang

Hari ini Adilah perlu membuat projek layang-layang. Gigih Kak Ida "tepek list" di whatsapp bahan-bahan yang perlu dibeli untuk projek Adilah.

"Eh, dah ada? Mana abang dapat?"

"Ceritanya macam ni... Ida kan memang tahu membeli aje. Lepas tu abang yang simpan. Ida beli, abang simpan. Ida beli, abang simpan..."

"Eh bang? mana ada. Bila masa pula Ida ada beli layang-layang?" Fuh, menyirap juga darah bila disindir.

"Ada, Ida ingat tak Ida ada buat program Mommies United ke Muzium Layang-Layang dua tahun lepas? Punya banyak Ida beli set layang-layang untuk anak-anak. Tu (sambil juih mulut). Ada lagi yang tak buat. Abang simpan ajelah."

Fuh, punya lama si dia simpan. Serius memang Kak Ida tak ingat langsung!


Malu pula rasanya. Ini kena repeat Muzium ke macam mana ni? 

Hallah... hallah!

Quote #38

Assalammualaikum sahabat blogger,

"No matter what happens,
there is always a heart beating for you."

Monday, August 23, 2021

Kenangan untuk KESEF Sek. Keb. Taman Desa Skudai

Tercapai niat kami berdua untuk menghadiahkan beberapa "stamp packs" untuk KESEF sekolah Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul .

Ada 14 orang semuanya.


Sebagaimana ramai yang menghadiahkan stamp packs pada anak-anak kami.

Kak Ida lihat mereka cukup teruja apabila menerima surat "atas nama mereka sendiri".

Besar harapan kami, anak-anak KESEF sekolah Aisyah juga gembira dengan pemberian kami yang tidak seberapa ini.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Semoga usaha kecil ini dapat memupuk semangat mereka dalam mengumpul setem. Insya Allah.

Ok, baru Kak Ida tahu, jika kita "mencetak nama dan alamat" berbanding "menulis" di atas sampul surat, ia dikira "komersil". Jadi, kita perlu membayar harga setem RM 1.50.

Mujur Kak Ida terangkan pada kaunter, surat ini adalah untuk "sahabat pena". 



Bukan mudah, sambil Kak Ida nak masukkan surat ke dalam peti pos, kita sibuk juga hendak mengambil gambar kenangan.


Nah, ini adalah kadar bayaran pos domestik. 

Insya-Allah, dalam seminggu surat ini sampai ke tangan anak-anak. Doakan surat ini selamat semuanya. 

Quote #37

Assalammualaikum sahabat blogger,

"Self Love First"

Sunday, August 22, 2021

Saturday, August 21, 2021

V2RC Virtual Run Rembau Challenge 2021

Pendaftaran V2RC Virtual Run Rembau Challenge 2021 Peringkat Kebangsaan Kini Telah Dibuka.




Terbuka kepada umum dan pendaftaran pelajar adalah PERCUMA dan mendapat E-Sijil.
Jom amalkan gaya hidup aktif dan sihat!

Anda boleh berlari /berjogging/ berjalan di mana-mana tempat yang selamat ataupun menggunakan treadmill pada bila-bila masa dalam tempoh larian (dengan mematuhi SOP COVID-19 terkini oleh MKN).

Tempoh Pendaftaran:
20 Ogos 2021 – 30 Sept 2021

Tempoh Larian:
01 Okt 2021 – 31 Okt 2021

Tarikh Serahan Kit Larian
Bermula 15 Nov 2021

Jom daftar sekarang!

Klik laman sesawang yang disediakan




Me Time cara PKP

 At Home self-care Ideas for stress relief

"Me time" cara PKP


Pertandingan Seni Visual dan Seni Khat

Salam Warisan Budaya!


Ayuh, serlahkan bakat dan kreativiti anda.

Pertandingan Seni Visual dan Seni Khat

Tarikh Tutup Penyertaan : 30 September 2021

Pendaftaran dan syarat pertandingan.


#YayasanWarisanJohor
#MemeliharaWarisanBudaya

Jom ”Subscribe, Like & Follow” Media Rasmi Yayasan Warisan Johor!

Website: www.ywj.gov.my

Official Social Media:
Facebook: facebook.com/yayasanwarisanjohor
Instagram: instagram.com/yayasanwarisanjohor
Youtube: Yayasan Warisan Johor

Quote #36

Assalammualaikum sahabat blogger,

"Every day you have a choice.
Stay the same or CHANGE"

Friday, August 20, 2021

Malaysian Scout Virtual Run and Hike Tahun 2021

Malaysian Scout Virtual Run and Hike Tahun 2021 sempena Sambutan Hari Pengakap Malaysia 
Tahun 2021.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam pengakap.

Pendaftaran Peserta
16 Ogos 2021 - 25 Ogos 2021

Tarikh Virtual Run
4 Sept 2021 - 11 Sept 2021

Tarikh Virtual Hike
11 Sept 2021 - 18 Sept 2021

Tempat 
Di kawasan keberadaan masing-masing

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA !!!

Pendaftaran dan Maklumat Lebih Lanjut di Pautan di bawah :


Terima kasih dan salam pengakap.

Membina Gajet dan Ikhtiar Hidup Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021

Membina Gajet dan Ikhtiar Hidup Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera buat warga pendidik Negeri Johor.

Untuk makluman semua, Pusat Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan melaksanakan Cabaran Dalam Talian: Membina Gajet Dan Ikhtiar Hidup Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah Dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021.

Tarikh Cabaran : 18 Ogos 2021 Hingga 18 September 2021

Bersama-sama ini disertakan pautan link berkenaan dengan Cabaran Dalam Talian Pusat Kokurikulum Negeri Johor Tahun 2021:


Kandungan link:
1. Maklumat Khusus Cabaran Dalam talian
2. Borang Kebenaran Peserta
3. Borang Pendaftaran

Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan semua murid sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5.

Setiap penyertaan akan diberikan Sijil Penyertaan Peringkat Negeri dan Sijil Pencapaian bagi peserta yang layak.

Cabaran ini perlu dilaksanakan dengan mematuhi syarat pertandingan yang ditetapkan dan tidak mengganggu masa pelaksanaan PdPR. Pertandingan boleh dilaksanakan di dalam atau di sekitar rumah.
.
Sebarang pertanyaan, hubungi :
En. Mohd Azhar Bin Mohd Salleh @ Khalid, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum di talian 
017-7007469

Quote #35

Assalammualaikum sahabat blogger,

"We are waves of the same sea,
Leaves of the same tree,
flowers of the same garden."

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my