Monday, April 29, 2019

Thematic Challenge 2019 - Quarter 2

Thematic challenge ni kami reka dengan tujuan utama untuk:


Menggalakkan ibu ayah beraktiviti bersama anak-anak, di mana-mana sahaja berdasarkan tema yang ditetapkan

Jauhkan gadgets ketika bersama anak-anak, sebaliknya masa yang ada di gunakan secara ekslusif untuk anak-anak.

Melatih dan memberi pendedahan kepada ibu-ibu yang baru nak bermula dengan aktiviti di rumah tetapi tidak tahu mahu bermula dari mana.

Umur anak:
 Terbuka kepada semua, dari 0m - 12 tahun.
Bentuk aktiviti adalah berbeza mengikut milestones anak-anak.
 Anak-anak di luar Johor juga boleh turut serta.

Komitmen fee : RM 5 per family.
Sila buat bayaran kepada :
11808400006109
RHB
Siti Nooramira

Untuk pendaftaran, boleh isi borang di bawah
Mohon isikan nama penuh anak untuk memudahkan urusan pembahagian sijil kelak.


Sudah siap mengisi, mohon whatsapp pada Puan Mira untuk join group
http://www.wasap.my/60135011700

Jom berthematic challenge

Saturday, April 27, 2019

Jualan Amal Karnival 2019

Pertama kali Kak Ida menghadiri Jualan Amal Karnival 2019 di Sekolah Kerencatan Akal Johor Bahru.

Karnival ini akan dibuka sehingga jam 5.00 petang ini.

Objektif karnival ini adalah bagi mengumpul dana untuk menampung kos-kos dan aktiviti yang dibuat disini.

Pada mereka yang belum membeli kupon, booth jualan kupon dibuka didepan pintu masuk Dewan Azalea. Setiap buku kupon RM5. Mudah untuk kita membeli kan? 

Antara booth yang dibuka hari ini adalah buku terpakai, beg, makanan dan minuman, baju terpakai, barangan makanan kering dan dan banyak lagi.


Welcome board.


Booth ini menjual buku terpakai dan beg dengan harga RM 1, RM 2 dan RM 5.


Disini Kak Ida menghabiskan duit membeli fridge magnet dari luar negara. Cantik. Ada Dubai, Hong Kong, Australia dan lain-lain lagi.


Barangan collector seperti bekas Coca Cola, Avengers, dan lain-lain dari Petron. 


Booth jualan makanan kering seperti tepung, gula, kicap, sos cili, mentega dan dan lain-lain. Harga yang dijual pun murah.


Bergambar kenangan sebelum balik. Alhamdulillah, terima kasih atas pengalaman ini. 

Insya Allah, tahun depan kita sokong lagi.



Friday, April 26, 2019

Flash Sale 3.0 | Qaseh Gold Adinda

Alhamdulillah, flash sale 3.0 datang lagi. Flash sale kali ini didatangkan dua kotak Qaseh Gold Adinda dan PERCUMA sekotak enchante dan penghantaran sehingga ke depan pintu.

Mesyuarat Agung TriTahunan kali ke - 29 MTSU Cawangan Johor

Assalammualaikum. 

Baru berkesempatan mencoret di blog Kak Ida hari ini. Semalam, Kak Ida menyantuni Mesyuarat Agung TriTahunan kali ke - 29 MTSU Cawangan Johor Sesi 2019/2022.

Mesyuarat ini diadakan setiap tiga tahun sekali. 

Jadi, memang banyak perkongsian terbaru yang dikongsikan untuk ahli-ahli kesatuan terutama yang melibatkan penjawatan Penolong Jurukur seperti Kak Ida.

Mesyuarat ini diadakan di Unit Latihan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Nusajaya.


Mesyuarat ini mengikut jadual sepatutnya bermula jam 8.00 pagi. Tetapi dianjakkan ke jam 10.00 pagi. Jadi, Kak Ida membuat keputusan untuk bersarapan dahulu di restoran yang yang berdekatan.

Sarapan kali ini Kak Ida memilih makanan Pantai Timur. Nasi kerabu. Boleh tahan sedapnya. Puas Kak Ida mengingati nama kedainya. Hahaha. Ya ampun, memang lupa. 

"Kenyang perut senang hati..." Kak Ida balik semula ke tempat mesyuarat. Bergambar kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan di JUPEM.


... sebenarnya, Kak Ida tidak tahu nak berkongsi apa mesyuarat kali ini. Hahaha. 

Kejam kan? kan? 


Bersama acik kesayangan Kak Ida, Kak Norasikin Sailan. Orang kuat, orang belakang tabir. Tahniah Kak kerana dilantik menjadi salah seorang ahli Jawatankuasa MTSU bagi sesi 2019/2022.

Untuk barisan AJK yang baru, selamat menjalankan tugas. Bukan satu tugas mudah untuk "meremajakan" semula MTSU. Huhuhu



Tuesday, April 23, 2019

Inilah harinya | Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018

Inilah harinya...

Rezeki anak-anak dapat APC selepas 10 tahun.

Seawal jam 4.45 pagi Kak Ida sudah bangun untuk bersiap-siap sementara menunggu waktu Subuh jam 5.48 pagi di Kajang.

Setelah bersiap, barulah membuka link pendaftaran kehadiran APC. Kali ini, pendaftaran menggunakan QR Code. Ada penambahbaikan berbanding yang dulu. Selesai semua, barulah Kak Ida turun untuk check-out dan bersarapan di hotel.



Menjelang 7.30 pagi, terus bersiap-siap untuk ke Bangi Avenue Convention Center yang terletak berhadapan dengan hotel. Lebih kurang 5 minit berjalan kaki.



Kali ini, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tiada raptai. Sangatlah menjimatkan masa.


Kami bergambar kenangan dulu dengan semua penerima APC wanita.

Sejujurnya, Kak Ida memang tidak berapa sihat dari malam tadi. Batuk dan selesema menyerang. Kak Ida cuma mampu berdoa Allah gagahkan diri untuk menghabiskan hari ini.



Bergambar dengan sahabat lama yang sudah berpindah ke Perak.


Ballroom 1 yang sangat-sangat cantik. Besar dan luas. Seramai 384 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari JUPEM.



Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dirasmikan oleh YB. Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.


Dengan geng kerusi sebelah... Bergambar sementara hendak menghabiskan masa menunggu sesi ke-4. #KebasPunggungDudukLama

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga mengambil APC jam 12.34 tengahari. Sijil APC JUPEM Johor disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato' Sr Mohd Noor bin Isa. 

Selesai penyampaian sijil, abang Fadzli bantu menguruskan bab-bab gambar sementara Kak Ida pula menguruskan mengagihkan sijil dan SSP BSN.

Menjelang makan tengahari, Kak Ida terpaksa mengaku kalah. Kak Ida maklumkan pada Kak Ana untuk terus bergerak pulang ke Johor. Di dalam kereta, Kak Ida hanya mahu melelapkan mata untuk merehatkan badan.

Sampai di Johor, Kak Ana terus drop Kak Ida ke hospital. Nah, ubatnya.


 Patutlah doktor yang merawat bertanya adakah Kak Ida seorang guru. Rupa-rupanya, name tag masih tersemat indah di tudung. Hahaha

Bila maklumkan apa yang berlaku, doktor siap melawak, "mahu sambung check-in disini?" Waaa... tidak! Huhuhu

Sudahnya, Kak Ida tiada mengambil banyak gambar. Perancangannya, selepas ambil APC, kami mahu merakam kenangan. Tetapi, nan ado...

Sepatah kata Kak Ana, "Takpe Ida, ada rezeki Ida lagi, ambil banyak-banyak gambar di APC akan datang. Hehehe"

Menutup kata, Kak Ida ingin memanjatkan seribu kesyukuran pada Allah swt atas rezeki ini.

Terima kasih si dia Mohammad Syamsul bin Kamisan, yang tidak putus-putus berdoa dan menjadi tulang belakang Kak Ida. Terima kasih anak-anak ibu, Aisyah Insyirah, Aina Insyirah, Mohammad Ammar dan Adilah Insyirah yang sentiasa berada disebelah ibu.

Terima kasih kepada ibu dan ayah Kak Ida Encik Mudzakir Mohd Azib dan Puan Saleha binti Meoun yang menumpang gembira atas berita ini.

Terima kasih kepada pengurusan JUPEM, Penolong Pengarah Ukur Pangkalan Data, Sr. Muhamad Sufi bin Md. Shafie, rakan-rakan sejawat Kak Ida yang sentiasa ada (you know who you are) dan mereka yang sentiasa menyokong Kak Ida dari setiap segi.

Sungguh, Kak Ida abadikan nama kalian disini sebagai semangat Kak Ida menempuh kejayaan akan datang.

Insya Allah.

Tips anak hiperaktif

Tips ini dikongsi di dalam Group Parents Anak-anak ADHD.

Tujuh Aktiviti Ini Sesuai Untuk Keluarkan Tenaga Anak Anda Yang Hiperaktif

Sumber: Google

Anak hiperaktif perlu menyalurkan tenaganya dalam pelbagai bentuk aktiviti. Maka, berikut tujuh permainan dan aktiviti yang boleh bantu anak yang hiperaktif ‘sibuk’ dan kekal bermotivasi. Ia juga boleh mendidik anak untuk kawal diri.

1. Seni Mempertahankan Diri

Kebaikan silat, taekwondo, karate atau apa jua seni mempertahankan diri adalah anak boleh menyalurkan tenaga yang banyak itu dengan cara yang betul.

Selain itu, ia dapat juga membantu anak untuk menumpukan perhatian dan menenangkan minda kerana dapat bantu anak fokus, dan bina keyakinan diri.

2. Sukan Di Luar Rumah

Aktiviti sukan seperti bola sepak, bola keranjang, bola tampar, baseball dan badminton merupakan antara aktiviti yang terbaik untuk anak hiperaktif kerana ia melibatkan banyak pergerakan dan tenaga.
Anak akan banyak bergerak dan menggunakan otot-ototnya. Ia membuatkan anak lebih fokus dan dapat menggunakan tenaga dengan maksimum. Sukan sebegini antara lain dapat latih anak tentang semangat berpasukan, kesukanan dan persaingan.

Aktiviti berlari juga boleh diamalkan jika tiada kesempatan atau peluang melakukan sukan luar. Anak juga lebih sihat dan ceria.

3. Muzik

Muzik merupakan salah satu cara yang bagus untuk relaks dan bertenang. Dengan mendengar muzik, kedua-dua otak kiri dan kanan digunakan secara aktif.

Justeru, otak menjadi lebih tenang dan menyebabkan anak boleh lakukan pelbagai tugasan dan menyimpan maklumat dalam otak dengan lebih efektif.

Sebaiknya anak diberi peluang untuk belajar alat muzik kerana ia akan memahirkan anak dalam kawalan diri. Jika anak terlibat dalam pasukan pancaragam atau koir, secara tak langsung belajar kerja berpasukan juga.

4. Berenang

Aktiviti berenang memerlukan banyak tenaga. Cuba dedahkan anak hiperaktif dengan sukan ini. Gerakan yang pelbagai dalam renang boleh bantu anak salurkan tenaganya ke tempat yang betul. Melalui aktiviti ini, anak juga dapat melatih disiplin diri.

5. Teater

Persembahan teater memerlukan banyak latihan, koordinasi, memori yang tajam, keyakinan di atas pentas dan kemahiran berkomunikasi. Juga mengasah bakat pengucapan awam. Anak hiperaktif boleh belajar sisi kreatif di dalam dirinya dan belajar mengikut arahan selain bekerja dalam satu pasukan.

6. Mendekati Alam Sekitar

Tanpa kita sedar alam sekitar mempunyai tarikannya tersendiri dalam mempengaruhi kelakuan anak. Sesekali dedahkan anak kepada aktiviti yang dekat dengan alam sekitar, anak pasti sukakannya!

Salurkan tenaga anak hiperaktif dengan cara bereksplorasi melalui trekking, hiking, memanjat batu, berdayung ataupun melihat semalu di halaman rumah. Aktiviti mencabar begini bantu mereka gunakan tenaga dengan optimum.

7. Permainan Berfikir

Permainan seperti Scrabble, catur, menyuai padan gambar antara permainan yang bagus untuk otak. Boleh cuba dedahkan anak dengan permainan berbentuk begini untuk latih mereka duduk di satu-satu tempat dan fokus.

Selain itu, permainan seperti susunan blok sehingga jadi satu objek atau menarik keluar blok daripada susunan blok-blok tinggi juga menarik untuk anak hiperaktif.
Kebaikan lain permainan sebegini adalah untuk membina keyakinan dan minat, selain meningkatkan daya tumpuan terhadap sesuatu.

Bangi Avenue Convention Centre

Kenyang perut, kami teruskan perjalanan ke hotel. 

Penginapan kami adalah di Bangi Avenue Convention Center.

Sampai di hotel, mujur sahabat-sahabat ada yang sudah sampai di lobi. Kami terus check-in untuk berehat. Keletihan sangat (+kekeyangan). Hahaha

Rezeki kami dapat bilik family room.

Cukup luas dan selesa.  









Alhamdulillah. Kak Ida nak berehat dulu ok. Tata.

Sunday, April 21, 2019

Karnival Jualan Amal untuk Sekolah Kanak kanak Kerencatan Akal Johor

Hujung minggu ini jika tidak kemana-mana, jemputlah datang ke Karnival Jualan Amal untuk Sekolah Kanak-kanak Kerencatan Akal Johor.

Karnival ini adalah untuk mengutip derma sambil membeli-belah.

Boleh hubungi nombor tertera di poster untuk maklumat lanjut ya.


Jalan jalan Cari Makan | Laksa Nurrwaa

Sepanjang perjalanan ke Kajang, antara topik popular kami berempat adalah MAKAN! 

Betullah, kalau kedai makanan itu sedap, memang akan disebut-sebut dari mulut ke mulut. 

Tempat seterusnya jalan jalan cari makan kami adalah Laksa Buyong Bossku di Bangi. 

Kak Ida "sejenis" yang suka bertanya awal jika mahu ke sesuatu tempat. Ralat kalau sudah sampai, kedai pula tutup. Itu belum termasuk pakej perut lapar berkeroncong kan? Memang boleh menjadi satu bencana alam. Hihihi

Alhamdulillah, hari ini mereka menjamu laksa percuma kepada semua pelanggan yang datang sempena Nifsu Syaaban dan menyambut Ramadan.

Memang rezeki kami sungguh.


Walaupun baru lepas menikmati Nasi Dulang Daun Pisang, Abang Yazid kata boleh aje ke sana. Perjalanan hanya memakan masa 17 minit dari situ.

... nah, rupa-rupanya Kak Ida tersilap membuka maps kedai laksa yang lain. Aduh... 

Malu aihh... 

Abang Yazid terpaksa berpatah balik, alhamdulillah. Jumpa juga akhirnya. Di masjid yang sedang dalam penambahbaikan, ternampak banting laksa. Rupa-rupanya Nurrwaa ini penjenamaan semula (rebranding) dari Laksa Buyong Bossku. 

Rasa laksa? Ya Allah, memang sedap sungguh. Kepekatan kuah laksanya... cukup memikat hati Kak Ida untuk menambah dua kali. Hahaha


Simple sahaja kedai ini. Paling penting, ianya bersih.


Kepekatan kuahnya. Ini mangkuk laksa yang Kak Ida makan ya. Sebenarnya laksa ini lengkap dengan aksesorinya, well... Kak Ida kan? Hahaha



Selain laksa, di Nurrwaa juga menjual cendol. Lemak manis cendol ini sangat seimbang.

Harganya sangat-sangat murah. 

Yok, sesiapa yang berada di Kajang, tempat menarik untuk minum petang adalah disini.

Tidak menyesal bosskuu. Insya Allah.

Jalan jalan cari makan | Nasi Dulang Daun Pisang Kajang

Alhamdulillah,

Kami keluar highway exit 210 Kajang lebih kurang pukul 1.13 petang. Perancangan asal mahu menikmati laksa, tetapi warung dibuka jam 3.00 petang.

Mujur kami cepat membuat keputusan untuk makan tengahari dulu. Abang Yazid menekankan beberapa kali kita tidak berkejar ke tempat penginapan. Chill chill sahaja. 

Google tempat menarik makan di Kajang, nah... Kak Ida terus tertarik dengan satu restoran ini.

Trip pertama JJCM kami adalah ke Nasi Dulang Daun Pisang. Istimewanya disini adalah pada kuah masak lemak dan tiga jenis sambalnya.

Sambal asam, sambal belacan dan sambal ayam penyet. 

Sambil beratur di kaunter, mata tidak berhenti-henti melihat hidangan yang keluar dari dapur. Sekejap nak makan ikan bawal, sekejap nak makan itu, sekejap nak makan ini. Semua sedap di pandangan mata.

Oh ya, ia dihidangkan secara set. Memang memudahkan urusan.


Hanya membuat pesan di kaunter. Buat bayaran dan duduk. Jangan lupa no resit sahaja. Nanti pelayan akan memanggil berpandukan nombor resit.

Akhirnya kami memilih dua set sotong bakar dan satu set ayam beserta air sirap.

Harganya pun cukup berpatutan. Namun, harga untuk set ikan dan sotong adalah bergantung pada harga semasa.


Servisnya memang pantas. Kami tidak menunggu lama walaupun pengunjung tidak putus-putus datang.



Alhamdulillah, nantikan next adventure JJCM kami. Hahaha

Sekitar Bangi Avenue Convention Center

Alhamdulillah, setelah melepaskan keletihan, kami turun ke cafe untuk menikmati makan malam.


Selepas makan malam, Kak Ida mengajak Kak Sue untuk mengabdikan kenangan disekitar hotel. 

Kebetulan, bulan Ramadan yang hampir tiba, ada hiasan hotel yang bertemakan #Ramadan Buffet disitu. Apa lagi... Hihi







Kemudian, Kak Ida ambil kesempatan untuk bersiar-siar dikawasan situ. Sebenarnya, Kak Ida hendak menghabiskan #VirtualRun BootCamp April. Kak Ida perhatikan, sini kawasan baru agaknya. Banyak kedai yang masih belum dibuka. 


Susur untuk penjalan kaki.
 




Kata guard, ada air pancut. Tetapi... langsung tiada air yang memancut. Hahaha

Sambil-sambil jalan, mata meliar mencari farmasi jika ada. Kami berdua berjalan sehingga ke tesco di seberang jalan, malangnya tiada. Huhu 

Terpaksa bertahan dengan apa yang ada dulu. 

Akhirnya, kami membuat keputusan untuk berpatah balik ke hotel untuk berehat kerana esok adalah harinya.

Selamat malam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...